

Oleh: Rohana Mohamed Ali @ Halim
Pada 8 Disember 2009 PPWN Perak telah mengadakan Seminar Literasi Undang-undang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kamunting. Seramai 322 orang peserta yang terdiri daripada orang awam, pegawai kerajaan dan swasta serta wakil NGO telah menyertai seminar tersebut. Seminar ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh Encik Azril dari Security Industry Development Corporation (SIDC) dan Puan Eneng dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang menyentuh aspek perundangan berkaitan Akta Komunikasi. Melalui program ini diharapkan para peserta akan mendapat pendedahan dan penerangan mengenai asas pengurusan kewangan dan pengetahuan mengenai akta-akta yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan media. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Rohana Mohamed Ali @ Halim, Pemangku Pengarah PPWN Perak.







Loading Poll...