Oleh: Rohana Mohamed Ali @ Halim
Dengan objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu-isu keganasan dari perspektif gender, PPWN Perak telah menganjurkan dua siri Seminar Menangani Keganasan terhadap Wanita iaitu, pada 22 Oktober 2009 diadakan di Dewan Merdeka Majlis Daerah Lenggong. Seramai 353 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, persatuan dan NGO serta orang awam telah menyertai program ini. Seminar ini turut memberi peluang kepada masyarakat menyuarakan pendapat mahupun persoalan mengenai keganasan dan keselamatan yang mana mungkin tidak diketahui oleh mereka.
Pada 27 Oktober 2009 seminar ini diadakan di Dewan Bunga Raya, Majlis Perbandaran Taiping. Seramai 592 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, persatuan dan NGO, pelajar-pelajar sekolah serta orang awam telah menyertai program ini. Ceramah pertama telah disampaikan oleh Encik Gookolaram Naidu dari Pusat Bantuan Guaman yang menyampaikan ceramah berkaitan Polis dan Hak-hak Asasi Anda. Ceramah kedua pula telah disampaikan oleh Puan Rohani Shah dari IPD Perak berkaitan Definisi Keganasan dari Perspektif Undang-undang. Perasmian penutup seminar disempurnakan oleh YB Datuk Rosli Husin, ADUN Kawasan Trong.







Loading Poll...