Home

I-KIT di Negeri Sembilan

E-mail Cetak PDF

Oleh: Nor ’Ashikin Abdull Razak

Seramai 39 orang peserta I-KIT tahun 2008 dan 2009 telah mengikuti seminar keusahawanan yang telah diadakan pada 6 hingga 8 November 2009 di Hotel Sri Malaysia, Port Dickson. Tujuan seminar ialah untuk memberi pendedahan mengenai selok-belok pengurusan perniagaan serta kewangan kepada peserta I-KIT sebagai persiapan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di dalam bidang kemahiran masing–masing seperti Dandanan Rambut, Spa dan Kecantikan, Jahitan Pakaian Wanita dan Jahitan Langsir serta Kelengkapan Hiasan Rumah.

 

Sementara itu, bertempat di Grand Ballroom, Klana Resort Seremban pada tanggal 17 Disember 2009 telah berlangsung acara penyampaian sijil Program I-KIT bagi tahun 2009. Seramai 19 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus kemahiran di dalam bidang Dandanan Rambut serta Spa dan Kecantikan. Penyampaian sijil serta perasmian penutup majlis disempurnakan oleh YB Puan Hajah Zainab Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi MPWK Negeri Sembilan.

 

 

 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...