Oleh: Nur Hannani Emran
PPWN Kelantan turut menganjurkan bengkel Wanita Bijaksana Keluarga Sejahtera (WBKS) bagi memberi pendedahan mengenai pendekatan humanistic dalam pengurusan keluarga. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dalam mengendalikan pengurusan tekanan dengan lebih berkesan, mengukuh dan mengaplikasikan pendekatan humanistik, kemahiran asas kaunseling dan psikologi keluarga dalam pengurusan keluarga dan memimpin peserta agar dapat memainkan peranan sebagai ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak.
WBKS di Kelantan telah diadakan pada 9 hingga 11 November 2009, bertempat di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan ahli-ahli NGO telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Puan Linda Jamaludin, Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW telah merasmikan bengkel.








Loading Poll...