
Oleh: Nur Hannani Emran
Program Literasi Undang-undang telah diadakan dengan kerjasama Kelab Wisma Negeri Kelantan pada 15 November 2009, bertempat di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Seramai 209 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam di Negeri Kelantan telah menghadiri program ini yang berobjektifkan memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai asas-asas perundangan sivil, syariah dan jenayah seksual, memberi pendedahan tentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dan seterusnya memberi pendedahan dan pemahaman mengenai undang-undang sivil dan syariah yang diguna pakai dalam hal-hal berkaitan wanita, perkahwinan dan kekeluargaan terutamanya yang menyentuh bab pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian. Program ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Wan Mohd Sabri Wan Harun, Pengerusi Kelab Wisma Negeri Kelantan.







Loading Poll...