Home

Inpsirasi Kreatif di Melaka

E-mail Cetak PDF

 Oleh: Irene Andrew Ganggang

Program Inspirasi Kreatif: Bengkel latihan kemahiran jahitan langsir telah diadakan mulai 27 hingga 29 Oktober 2009 bertempat di Rumah Nur, PPWN Melaka. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah dan penganggur telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Irine Anak Andrew Ganggang, Pemangku Pejabat PPWN Melaka. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran wanita dalam bidang jahitan  untuk membantu menjana pendapatan, memberi pendedahan kepada kaum wanita untuk bidang kemahiran yang boleh dikomersialkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara peserta yang hadir, seterusnya menggalakkan perhubungan sosial terjalin.

 

Bengkel Jahitan dan Sulaman Reben pula diadakan pada 7 Disember 2009 di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Seramai 25 orang penghuni dan kakitangan Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh menyertai bengkel ini. Siri bengkel yang sama juga diadakan pada 9 Disember 2009 di Bilik Bacaan, Taman Pandan Jaya. Bengkel ini dihadiri seramai 21 orang wanita di sekitar kawasan perumahan tersebut dengan kerjasama Persatuan WARDAH.

 

 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...