
Oleh: Normawarni Mahat
Sepanjang bulan Oktober 2009, PPWN Johor telah melaksanakan tiga kursus di bawah Program Jejari Bestari iaitu pada 14 Oktober 2009 - Kelas Jurureka Aksesori di Dewan Nur Muar. Kursus ini dihadiri oleh seramai 40 orang peserta. Kelas Jahitan Manik Atas Fabrik diadakan pada 25 Oktober 2009 di Kompleks Penghulu Gelang Patah dan telah dihadiri 53 orang peserta. Seterusnya pada 31 oktober 2009, bertempat di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang diadakan Kelas Jurureka Aksesori. Kursus ini pula dihadiri oleh seramai 30 orang peserta. Kelas Jurureka Aksesori ini dirasmikan oleh YB Vidyanathan Ramanadhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang.
Bagi bulan November, Program Jejari Bestari telah diadakan pada 13 November 2009 di Pusat Latihan Koperasi Usahawan Nur, Pulai. Bidang yang ditumpukan ialah Jahitan Tudung Ariani. Seramai 20 orang peserta telah mendapat manfaat daripada kursus ini. Pada 14 hinga 15 November 2009, diadakan pula kelas Jahitan Blaus di Pusat Latihan Cool Zone, Taman Teratai, Johor Bahru dengan memanfaatkan seramai 25 orang peserta. Pada 25 November 2009 diadakan kelas Jahitan Tudung Ariani di Bilik Latihan Bangunan Kastam, Johor Bahru dan telah dihadiri seramai 25 orang peserta.







Loading Poll...