Home

Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita Di Betong, Sarawak

E-mail Cetak PDF

Betong: Tanggal 18 Julai 2009 bertempat di Dewan Lakid Debak parlimen P204 Betong telah dianjurkan Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita. Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita merupakan program anjuran Jabatan Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Program satu hari ini direka khas untuk semua golongan dengan memberikan pendedahan serta ilmu yang berkaitan untuk memertabatkan kaum wanita sebagai "model" atau contoh bagi keluarga dan masyarakat disamping menyumbang sebagai agen perubahan kearah pembangunan agama. bangsa dan negera. Modul program ini merangkumi cara-cara menangani keganasan terhadap wanita, hak-hak wanita, akta-akta keganasan rumahtangga, punca-punca keganasan dan peranan agensi yang berkaitan dalam menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. 

Seminar ini merupakan seminar yang terbaik pernah diadakan. Para peserta amat bersemangat dan interaktif. Ini jelas kelihatan dengan kesungguhan mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Banyak soalan juga dikemukakan ketika sesi dijalankan. Mereka nyata menimba ilmu yang baru di dalam suasana yang ceria dan positif. Perkara yang paling memberangsangkan adalah penglibatan aktif belia-belia wanita didalam seminar ini. Sungguhpun dewan agak padat, namun penceramah dan ahli-ahli panel forum berjaya menarik perhatian para peserta dengan baik sekali dengn keupayaan mereka menggunakan kemahirannya. 

 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...