Home

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010

E-mail Cetak PDF

Oleh: Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian 

Jabatan Pembangunan Wanita telah menganjurkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 yang bertemakan Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All  pada 8 Mac 2010 (Isnin) bertempat di Institut Sosial Malaysia (ISM), Kuala Lumpur dari jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.P rogram pada tahun ini telah dijalankan dalam bentuk forum. Ahli-ahli panel adalah Prof. Madya Dr. Shanthi Thambiah, Pensyarah Universiti Malaya, YM Tengku Naufal Tengku Mohd Mansur, Peguambela dan Peguamcara, Dr. Farrah Hani Imran, Pensyarah Pelatih Plastik & Rekonstruktif Surgeri & Bekas Juara Gimrama Malaysia. En. Ahmad Fedtri Yahya, Pengacara MHI telah dijemput sebagai moderator forum ini.

 

Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Nor Hayati Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan perasmian penutup program ini telah dibuat oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 275 orang peserta dari pelbagai organisasi telah menyertai sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada kali ini.

 

 

 

 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...