
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
Selamat datang ke Laman Web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. JPW telah ditubuhkan pada 1 Julai 2001 dan berfungsi sebagai jentera pelaksana untuk menjalankan program dan aktiviti bagi membangun dan memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan gender. Pengujudan Laman Web JPW adalah selaras dengan perubahan dalam bidang teknologi informasi dimana teknologi maklumat dan komunikasi mengambil tempat yang utama dalam menyebar dan mendapatkan maklumat. Ia merupakan alat penting bagi meningkatkan keberkesanan organisasi dalam menjalankan fungsinya, khususnya dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan cemerlang. Pengujudan Laman Web JPW diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan umum mengenai Jabatan, fungsi-fungsi dan tanggungjawabnya serta program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dari masa ke semasa. Saya berharap maklumat-maklumat yang dipaparkan melalui Laman Web JPW ini dapat memberi manafaat kepada semua yang melayarinya khususnya wanita. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat serta maklumbalas yang membina ke atas Laman Web ini agar dapat digunakan untuk meningkatkan lagi mutunya bagi mencapai matlamat Jabatan ini.
Selamat Melayari Laman Web JPW.
Ketua Pengarah
PN WAN HASMAH WAN MOHD







Loading Poll...