Home Korporat Perutusan Menteri

Perutusan Menteri

E-mail Cetak PDF

SEKAPUR SIRIH

YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT

LAMAN WEB JABATAN PEMBANGUNAN WANITA  

Assalamualaikum w.b.t. dan salam mesra, Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita  (JPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). JPW merupakan di antara jabatan penting di bawah KPWKM yang memberi fokus kepada kumpulan sasar wanita. Penggunaan teknologi maklumat yang memungkinkan komunikasi lebih mudah dan pantas harus dimanfaatkan sebaiknya dan JPW mengambil peluang ini sebagai salah satu pendekatan untuk menghubungkan dan menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarnya.


Diharapkan laman web ini dapat memudahkan orang ramai, terutamanya golongan wanita untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan maklumat serta menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan seperti pendaftaran ibu tunggal, nasihat dan kaunseling serta bantuan khas untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh didapati di laman web ini. Di samping itu, hebahan mengenai program dan aktiviti terkini JPW juga boleh didapati dan orang ramai yang berminat menyertainya digalakkan untuk menghubungi JPW.


Selain itu, saya berharap laman web ini juga digunakan untuk berinteraksi dan menyalurkan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas melalui e-mel kepada kakitangan JPW yang sentiasa bersedia memberi khidmat yang terbaik. Setiap pandangan serta maklumbalas yang diberikan amat dialu-alukan dan dihargai dalam usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Semoga melalui laman web ini, budaya penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat, khususnya wanita dapat dipertingkatkan. Segala maklumat pastinya di hujung jari anda! Selamat melayari laman web Jabatan Pembangunan Wanita!  Salam hormat,    


SHAHRIZAT ABDUL JALIL

 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...