Strategi

E-mail Cetak PDF
Merancang, merangka dan melaksanakan program dan aktiviti bagi memperkasakan wanita melalui peningkatan kesedaran mengenai kepentingan kesaksamaan gender di semua agensi pembangunan awam dan swasta serta masyarakat keseluruhanya, meningkatkan kefahaman wanita terhadap hak-hak mereka, melindungi mereka daripada segala bentuk keganasan dan membina keupayaan wanita dalam semua bidang kritikal yang telah pun ditetapkan, terutamanya seperti di dalam dokumen-dokumen berikut:
  • Dasar Wanita Negara
  • Pelan Tindakan Pembangunan Negara
  • Rancangan Malaysia Ke 9, khususnya Bab 13 &15
  • Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women
  • Beijing Platform for Action
  • Resolutions of the Commission on the Status of Women
  • Commonwealth Plan of Action
  • Millennium Development Goals ( MDGs )
  • PUTRAJAYA Declaration on the Empowerment of Women in NAM Countries
  • Agreed Conclusions of the OIC Ministerial Meeting on Women and Development

Kaedah dan Pendekatan:

  • Menentukan pelaksanaan undang-undang selaras dengan Perlembagaan Malaysia 8(2)
  • Melaksanakan program pembangunan wanita mengikut bidang-bidang yang dikenalpasti melalui program JPW, kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Badan-badan Bukan Kerajaan dan pakatan bestari dengan pihak swasta.
  • Melaksanakan program-program dengan Menggubal dan menambah baik modul-modul program peningkatan kesedaran dan bina upaya wanita
  • Mengumpul dan menyebar data dan maklumat berkaitan isu dan kepentingan wanita
  • Memantau program-program yang dilaksanakan dalam semua bidang
 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...