Home Korporat Bahagian/Unit Bahagian Pembangunan Kauseling

Bahagian Bimbingan Dan Kauseling

E-mail Cetak PDF

Membantu individu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membentuk konsep kendiri yang lebih positif serta mencapai kesejahteraan kendiri.

FUNGSI

  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  • Memberi khidmat sokongan emosi dan memudahkan akses wanita kepada agensi-agensi yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Merancang dan melaksanakan kursus intervensi krisis bagi kes-kes di luar jangkaan seperti bunuh diri, bencana alam, ugutan dan mangsa keganasan rumahtangga
  • Merancang dan melaksanakan program pengurusan emosi seperti mengurus tekanan, kemarahan dan kemurungan melalui bengkel dan seminar
  • Menggubal dan menambah baik modul-modul program peningkatan kesedaran dan kesejahteraan kendiri
  • Menyediakan bahan-bahan untuk penerbitan seperti Manual Untuk Pembimbing, Panduan Perkhidmatan Kaunseling dan Dokumentasi Kes Lazim

PIAGAM PELANGGAN

Pelanggan : Wanita yang memerlukan

Kami berjanji akan:-

  • Memberikan perkhidmatan secara profesional dan "MESRA KLIEN";
  • Memastikan Perkhidmatan Kaunseling dilaksanakan dengan mematuhi etika dan prinsip kaunseling;
  • Mengambil tindakan segera bagi setiap aduan/kes yang dikenalpasti dan kawalan Jabatan; dan
  • Memberi maklum balas bagi setiap aduan/kes yang dirujuk dalam masa tiga (3) hari bekerja iaitu dari tarikh aduan diterima di BBK.
 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...