Home Bantuan Khas Garis Panduan

Garis Panduan

E-mail Cetak PDF
Artikel Index
Garis Panduan
2
3
Semua Muka

PENGENALAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program bertujuan untuk memberi panduan kepada penerima peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan mengenai tanggungjawab dalam menguruskan peruntukan Bantuan Khas Kewangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial kepada kumpulan sasar KPWKM (wanita, keluarga dan masyarakat).


PENYELENGGARAAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

1. Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan hendaklah digunakan bagi tujuan pelaksanaan program yang telah di

persetujui seperti di Lampiran “B” Surat Perjanjian yang dimeterai;

2. Peruntukan yang diberi adalah bagi tempoh (12) dua belas bulan sahaja. Sekiranya peruntukan tersebut didapati tidak digunakan dalam tempoh 12 bulan, maka peruntukan tersebut akan ditarik balik;

3. Peruntukan yang diterima perlu disimpan dalam akaun berasingan; dan

4. Penerima peruntukan perlu menyediakan fail khas mengenai peruntukan dan program yang dilaksanakan menggunakan peruntukan dari KPWKM.

 

PELAKSANAAN PROGRAM

1. Adalah menjadi tanggungjawab penerima peruntukan Bantuan Khas memaklumkan kepada Bahagian Penyelaras, Pemantauan dan Penilaian tentang jadual (tentatif) pelaksanaan program berdasarkan Surat Perjanjian yang dimeterai;

2. Sekiranya penerima peruntukan Bantuan Khas ingin menukar program seperti yang telah dipersetujui dalam Lampiran “B” Surat Perjanjian, penerima peruntukan perlu memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah JPW (mengikut  Klausa Pindaan, Tambahan dan Perubahan di dalam Surat Perjanjian);

3. Sekiranya penerima peruntukan Bantuan Khas ingin melanjutkan tempoh pelaksanaan program, penerima peruntukan perlu memohon kelulusan secara bertulis kepada Ketua Pengarah JPW; dan

4. Sentiasa mematuhi terma-terma yang disyaratkan di dalam Surat Perjanjian yang dimeterai dan Garis Panduan Pelaksanaan Program yang dikemukakan oleh Agensi Kementerian ini.

 



 


 

KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN OLEH JPW

busyLoading Poll...