| Artikel Index |
|---|
| Format Kertas Kerja |
| mukasurat 2 |
| mukasurat 3 |
| Semua Muka |
PANDUAN PENYEDIAAN
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
1. Penyediaan Laporan Pelaksanaan Program bagi setiap Penerima Bantuan Khas Perbendaharaaan adalah dikehendaki menggunakan format-format berikut :
A. Senarai Semak Laporan Pelaksanaan Program (LPP 1/6)
i. Merupakan senarai dokumen yang perlu disertakan di dalam Laporan Pelaksanaan Program.
B. Laporan Pelaksanaan Program Di Bawah Peruntukan Bantuan Khas (LPP 2/6)
i. Nama Pertubuhan
• Nama penuh pertubuhan hendaklah seperti di dalam pendaftaran pertubuhan
• Selain itu, status sebenar pertubuhan didaftarkan perlu dinyatakan. Sebagai contoh, Cawangan / Biro/ Jawatankuasa dan sebagainya
ii. Tahun
• Ruangan tahun yang dikosongkan perlu diisi dengan tahun peruntukan seperti yang dinyatakan /tercatat di kulit hadapan Surat Perjanjian yang telah dimeterai
iii. Nama Program
• Nama program yang dijalankan perlu dinyatakan dengan penuh seperti dalam Surat Perjanjian.
Contoh :
Bengkel Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
iv. Tempat dan Tarikh
• Penerima Bantuan Khas Perbendaharaan perlu menyatakan tempat sebenar program yang dijalankan.
• Tarikh program dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas seperti berikut:
Contoh:
23-25 Februari 2003
v. Bil. Peserta / Kumpulan Sasar
Nyatakan jumlah peserta yang menyertai program yang dianjurkan dan nyatakan bilangan kumpulan sasar yang berkaitan seperti contoh di bawah:
| Bil | Jantina | Bangsa | Jumlah |
| 1 | Wanita | Melayu | 50 |
| Cina | 25 | ||
| India | 28 | ||
| Lain-lain | 15 | ||
| 2 | Lelaki | Melayu | 12 |
| Cina | 20 | ||
| India | 4 | ||
| Lain-lain | 3 | ||
| Jumlah Keseluruhan | 157 | ||
• Mengemukakan senarai peserta bagi program yang berkaitan seperti kursus, bengkel dan sebagainya mengikut format LPP 4/6
• Senarai peserta bagi program berbentuk kempen tidak perlu dikemukakan.







Loading Poll...