Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
PERTANDINGAN WINNOVATION SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2017

Dengar teks ini

 

TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN WINNOVATION SEMPENA
SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2017
 

A.   MAKLUMAT PERTANDINGAN
 
1.    Pertandingan Winnovation sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa  merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita.
 
2.    Tempoh pertandingan ini adalah selama tiga (3) bulan bermula dari 8 Mac hingga 8 Jun 2017.
 
3.    Tema pertandingan adalah “ Be Bold for Change” – trying to find ways to make a more gender-inclusive world.
 
B.   KELAYAKAN, TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
 
1.    Pertandingan ini terbuka kepada semua wanita berumur 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
 
2.    Penyertaan adalah percuma.
 
3.    Setiap penyertaan inovasi perlu mempunyai kriteria tertentu mengikut kategori yang dipilih. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
 

a.    Inovasi Wanita dalam Bidang Sains dan Teknologi- Contoh : penyelidikan, aplikasi, bioteknologi dan yang berkaitan.
b.    Inovasi Wanita dalam Bidang kesenian– Contoh : animasi, rekabentuk industri dan yang berkaitan.
c.    Inovasi Wanita dalam Bidang Keusahawanan dan Perniagaan– Contoh : aplikasi perniagaan, inovasi produk dan pembungkusan, inovasi strategi  pemasaran dan yang berkaitan.
d.    Inovasi Wanita dalam Bidang Alam Sekitar– Contoh : recyle, eco-friendly, inovasi berkaitan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar, inovasi teknologi organik dan yang berkaitan.
e.    Inovasi Wanita dalam Bidang Sukan– Contoh : peralatan sukan dan yang berkaitan.

 
4.    Objektif pertandingan adalah untuk menghargai sumbangan golongan wanita yang berjaya mencipta inovasi baru dalam bidang masing-masing dan dapat menyumbang kepada komuniti setempat seterusnya pembangunan negara sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 
5.    Kos penghasilan inovasi adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
 
6.    Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis inovasi yang dihasilkan tidak melebihi 200 patah perkataan.(Sila guna jenis tulisan (font) Arial, saiz tulisan 14 dan single spacing).
 
7.    Setiap penyertaan mestilah merupakan hasil inovasi/idea asal dan bukan hak milik orang lain. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
 
8.    Setiap inovasi pernah digunakan/ telah menyumbang kepada komuniti/masyarakat setempat.
 
9.    Setiap hasil inovasi juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
 
10.  KPWKM berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat di atas .
 
C.   KAEDAH PENYERTAAN
 
1.    Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan menerusi saluran berikut :

a.    Jabatan Pembangunan Wanita, Putrajaya
b.    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri yang berhampiran
c.    Dimuat turun di Portal Mywanita www.mywanita.gov.my.

 
2.    Semua borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 8 Jun 2017 seperti yang tertera di borang.
 
D.   TUNTUTAN HAK CIPTA
 
1.    Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik KPWKM dan semua penyertaan tidak boleh dimuat naik di mana-mana media sosial sebelum mendapat kebenaran KPWKM.
 
2.    KPWKM berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana hasil inovasi penyertaan untuk sebarang tujuan. Hasil inovasi yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik inovasi tersebut.
 
E.   KEPUTUSAN PERTANDINGAN
 
1.    Pemenang akan dihubungi melalui emel dan telefon serta akan diumumkan semasa Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 4 September 2017.
 
2.    Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
 
F.    TEMPOH PERTANDINGAN
 
1.    Tempoh pertandingan ini adalah selama tiga (3) bulan bermula dari 8 Mac hingga 8 Jun 2017.
 
2.    Tarikh tutup pertandingan adalah pada 8 Jun 2017 (Khamis) jam  5.00 petang.
 
3.    Peserta dikehendaki menghantar e-mel kepada winnovation2017@gmail.com atau menerusi serahan tangan/faks kepada urus setia di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri yang berhampiran atau menerusi Urusetia Jabatan Pembangunan Wanita dengan melampirkan perkara-perkara seperti berikut :-
 

Ø  Borang penyertaan Pertandingan Winnovation yang telah lengkap diisi
Ø  Sinopsis hasil inovasi
Ø  Gambar inovasi
Ø  Pautan video inovasi
  

4.    Peserta yang disenarai pendek akan dinilai pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
 
 
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi :
Urus setia
Pertandingan Winnovation
Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017
 

Pn. Sharifah Balqis Syed Idrus Cik Siti Khadijah Adnan Puan Masliza Abdul Muluk
03-8323 2107 03-8323 1564 03-8323 1603
balqis@jpw.gov.my siti.khadijah@jpw.gov.my masliza@jpw.gov.my


 
LAMPIRAN
 

SKOP PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
PERTANDINGAN WINNOVATION SEMPENA
SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2017

 
KRITERIA HURAIAN SKOR
Idea
(20 %)
Keaslian dan Keterangan Fungsi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Kreativiti
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Impak
(40 %)
Faedah kepada Pengguna
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mesra Alam
 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mesra Pengguna
 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Nilai Komersial
 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Penilaian Dokumentasi
(20 %)
Jelas dan Teratur
 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Olahan menepati hasil inovasi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Persembahan Hasil Inovasi
(20 %)
Menepati kriteria persembahan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Kelancaran demonstrasi
 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Sila download borang penyertaan pertandingan seperti di bawah:

BORANG PENYERTAAN “WINNOVATION” SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2017