Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Bahagian Pembangunan Kapasiti

Dengar teks ini

OBJEKTIF
 

  • Untuk membina kemahiran wanita dalam bidang-bidang utama yang dikenalpasti;
  • Untuk memberi akses kepada sumber-sumber seperti kewangan, tanah, buruh, pasaran, modal, teknologi dan maklumat (faktor pengeluaran); dan
  • Untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan untuk wanita.

FUNGSI

Fungsi Utama

BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

Aktiviti

 

  • Merancang pengagihan Peruntukan Bantuan Khas kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Memproses permohonan Peruntukan Bantuan Khas daripada NGO dan MPWKN dan memastikan standard ISO 9001:2000 ditepati
  • Mengagihkan Peruntukan Bantuan Khas yang diluluskan kepada NGO dan MPWKN; dan
  • Mengkaji penambahbaikan garis panduan pengagihan Peruntukan Bantuan Khas dari semasa ke semasa. 
     

MENGENDALIKAN DAN MELAKSANAKAN PROGRAM DAN LATIHAN UNTUK MASYARAKAT TERUTAMA GOLONGAN WANITA SERTA KUMPULAN SASARAN YANG DIKENALPASTI

Aktiviti
 

  • Latihan yang dikendalikan sendiri oleh Jabatan Pembangunan Wanita; atau
  • Latihan yang dikendalikan bersama dengan agensi Kerajaan lain, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau pihak swasta 
     

KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA

Satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS-8) . Dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kewangan.

Objektif :

 * Untuk membolehkan wanita untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memerangi jenayah dan ancaman kepada keselamatan negara

* Sebagai Platform untuk mengalakkan penjagaan kesihatan, latihan kemahiran keusahawanan dan pembangunan masyarakat yang meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui aktiviti sukarela

 

             Peranan Utama :

              i) Agen Transformasi Wanita di Perimgkat Akar Umbi
              ii) Agen penyalur maklumat khususnya bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai dasar atau
                 hala tuju wanita
              iii) Menyemarakkan kreativiti pemimpin wanita dalam nelaksanakn program untuk manfaat ahli dan juga 
                  komuniti setempat
  

            Komuniti PERWANI 1Malaysia mestilah terdiri daripada :

           * 10-20 orang wanita
           * Warganegara Malaysia
           * 18 Tahun ke atas

            Kaedah Pendaftaran :

            Isi Borang yang boleh didapati melalui :

              i) Laman sesawang www.mywanita.gov.my
              ii) FB Komuniti Perwani
              ii) Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) , Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS)/  
                  Jabatan Hal Elwal Wanita Sabah (JHWEA)