Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Bahagian Penyelarasan,Pemantauan,Penilaian

Dengar teks ini

OBJEKTIF

Bagimemastikan semua Bantuan Khas Perbendaharaan yang diberikan digunakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian dan memastikan perlaksanaan program adalah selaras dengan bidang keutamaan dan kumpulan sasaran yang ditujukan.

 
FUNGSI

  • Memantaupelaksanaan program NGO yang menerima peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan Khas (PBKP) melalui empat (4) kaedah iaitu:
  • Penerimaan Laporan Pelaksanaan Program (LPP)
  • Naziranke atas penerima PBKP
  • Mengadakan sesi perbincangan dengan NGO iaitu dengan memberi khidmat nasihat
  • Menghadiri program yang dilaksanakan oleh NGO sebagai pemerhati
  • Memantau pelaksanaan program bina upaya MPWK seperti yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Atasan Kementerian.
  • Memantau program bina upaya yang dilaksanakan oleh JPW (i.e: Nur Bestari, Program Kepekaan Gender, I-KEW, I-KIT, Sutera Sari) dan lain-lain program yang dilaksanakan secara pakatan bestari dengan syarikat swasta.
  • Mengadakan taklimat pelaksanaan program kepada penerima PBKP.
  • Menyediakan laporan berkala tentang prestasi pelaksanaan program-program yang telah dilaksanakan oleh JPW, MPWK dan NGO.
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian
  • Menyelaras program-program keusahawan wanita.
  • Menyediakan input/maklumbalas mengenai pelaksanaan program oleh NGO dan MPWK.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :  

  • Memastikan setiap penerima peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan menerima Surat Makluman Dan Peringatan berkaitan laporan pelaksanaan program dalam tempoh 12 bulan (365 hari) dari Tarikh Surat Perjanjian dimeterai; dan
  • Memastikan Notis Tunjuk Sebab dikemukakan dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja kepada setiap penerima peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan yang tidak mengemukakan laporan pelaksanaan program selepas tamat tempoh Surat Perjanjian