Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Bahagian Bimbingan dan Kaunseling

Dengar teks ini

OBJEKTIF

      1.    Memberi Perkhidmatan Kaunseling

                  a.  Membantu klien mengenalpasti kebolehan, minat, potensi dan keupayaan diri.
                  b.  Membantu klien meneroka, menganalisis dan memahami diri.
                  c.  Membantu klien memupuk, memperkembang dan memperkasa pengupayaan kendiri yang positif.
                  d.  Membantu memulih tingkah laku, kognitif dan emosi klien.

      2.    Melaksanakan Program-Prgoram Pembangunan Psikologi Wanita
              seperti:

                 
a.  Seminar Literasi Undang-Undang
                        Modul Literasi Undang-Undang menekankan aspek perkahwinan sivil dan syariah

                  b.  Wanita Anti Jenayah (WAJA)
                       WAJA memberi fokus kepada aspek keganasan rumahtangga, gangguan seksual, rogol, cabul,
                       keldai dadah, keldai akaun, jenayah siber serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

                  c.  Program Kesejahteraan Emosi
                       Modul menggunakan pendekatan kaunseling bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai
                       pendekatan humanistik, kemahiran asas kaunseling, psikologi pengurusan keluarga serta teknik
                       pengurusan emosi yang berkesan seperti mara, stres, kebimbangan dan sebagainya.

                  d.  Program Transformasi Minda
                       Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan, motivasi, kekuatan psikologi dan pendekatan
                       kaunseling agar peserta mempunyai minda keusahawanan.  Antara ciri-ciri keusahawanan
                       adalah seperti mempunyai pengetahuan tasit dalam bidang keusahawanan, bermotivasi, kreatif,
                       inovatif, kemahiran menguasai cabaran, kemahiran membina jaringan dan sebagainya.

                  e.  Persidangan Kebangsaan Kaunseling Krisis dan Trauma
                       Persidangan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai
                       mekanisme terkini mengendalikan kes-kes krisis dan trauma yang berlaku dalam masyarakat
                       serta membolehkan para peserta mengaplikasikan ilmu dan teknik tersebut dengan kaedah
                       penyelesaian menggunakan intervensi psikologi kaunseling.  Persidangan ini akan dihadiri oleh
                       para akademik, kaunselor, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan,
                       Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. (Tertakluk pada permintaan)
 

FUNGSI

  1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (individu atau kelompok) kepada kumpulan sasar Jabatan.
  2. Menyediakan perkhidmatan kaunseling  krisis/ trauma kepada wanita  mangsa keganasan seperti penderaan, keganasan rumahtangga, gangguan seksual, ”keldai dadah”,  rogol, cabul, sumbang mahram, pemerdagangan orang dan lain-lain.
  3. Menyediakan perkhidmatan ujian psikologi seperti ujian motivasi dan ujian kepercayaan kendiri kepada kumpulan sasar Jabatan.
  4. Menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh dalam pembangunan wanita melalui pendekatan psikologi dan memperkasakan pembangunan wanita ke arah yang lebih positif dengan program dan inisiatif psikologi yang terkini.
       

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi layanan dan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh 10-15 minit selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.
  2. Memberi maklum balas bagi setiap aduan/ kes yang dirujuk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  3. Memastikan program pembangunan psikologi wanita melalui pendekatan psikologi dilaksanakan oleh PPWN seperti yang telah dirancang.