Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Bahagian Khidmat Pengurusan

Dengar teks ini

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan dalam pengurusan pejabat, sumber manusia dan kewangan kepada Jabatan Pembangunan Wanita:


FUNGSI

Aktiviti-aktiviti bagi fungsi-fungsi utama:-


PENTADBIRAN AM

 

  • Memastikan persekitaran pejabat yang selesa dan selamat termasuk di PPWN;
  • Melaksanakan sistem fail dan persuratan;
  • Menyelaras penyediaan kemudahan peralatan termasuk ICT dan kenderaan;
  • Menyelaras pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam;
  • Menyelaras pelaksanaan semua Arahan Pentadbiran;
  • Menyelaras urusan Parlimen;
  • Urusetia Persijilan ISO;
  • Mengurus dan menyelia penyelenggaraan aset Jabatan termasuk kenderaan Jabatan;
  • Urusetia mesyuarat Jabatan :

a. Mesyuarat Pengurusan Jabatan
b. Mesyuarat Pengarah-pengarah JPW
c. Mesyuarat Pelan Integriti Nasional Kumpulan Kerja Masyarakat Sivil
d. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan JPW; dan
e. Mesyuarat Pelan Strategik JPW

  • Mengurus kemudahan logistik bagi acara-acara yang dianjurkan oleh Jabatan
  • Menguruskan pengagihan bahan penerbitan dan promosi Jabatan
  • Menguruskan hal-hal surat perjanjian Jabatan dan PPWN dengan pembekal.

 

 KEWANGAN

  • Menyelaras penyediaan Anggaran Belanjawan mengurus dan pembangunan untuk Jabatan dan PPWN untuk dikemukakan kepada Kementerian;
  • Memastikan Anggaran Belanjawan dikemukakan secara lengkap dan teratur kepada Kementeian;
  • Mengagih peruntukan dan mengawal perbelanjaan di Jabatan dan PPWN
  • Memastikan peruntukan mengurus dan pembangunan dibelanjakan seperti yang dirancang
  • Mengawasi prestasi perbelanjaan Jabatan dan PPWN dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membaiki pengurusan perbelanjaan
  • Menyedia dan menyemak laporan kewangan Jabatan dan PPWN untuk dikemukakan kepada Kementerian;
  • Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan inventori, stor, hapus kira dan pelupusan asset;
  • memastikan Jabatan dan PPWN mematuhi arahan dan peraturan kewangan yang ditetapkan dari masa ke semasa;
  • Menguruskan hal-hal pembayaran emolument kakitangan Jabatan
  • Membuat pembayaran kepada pembekal; dan
  • Menguruskan sebut harga Jabatan dan PPWN di Peringkat Jawatankuasa Kewangan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
 

  • Mengurus pengambilan dan perlantikan;
  • Mengurus pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen;
  • Mengurus dan mengemaskinikan buku perkhidmatan;
  • Menguruskan perlanjutan tempoh percubaan;
  • Menguruskan pertukaran dan penempatan;
  • Menguruskan kontrak dan ganjaran kontrak;
  • Menguruskan pelbagai urusan cuti;
  • Menguruskan persaraan;
  • Menguruskan tanggung kerja dan pemangkuan;
  • Menguruskan perletakan jawatan;
  • Menguruskan hal berkaitan laporan prestasi dan tindakan tatatertib;
  • Mencadang dan melaksanakan program-program latihan dan peningkatan kemahiran untuk kakitangan di peringkat Jabatan dan PPWN;
  • Menyelaras penyertaan kakitangan dalam program latihan dan peningkatan kemahiran yang dilaksanakan oleh agensi lain; dan
     

PEMBANGUNAN
 

  • Mengenal pasti dan memperakukan kepada Kementerian projek-projek pembangunan fizikal;
  • Memastikan pelaksanaan projek mengikut perancangan
  • Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan projek secara berkala untuk dikemukakan kepada JKPPP Kementerian
  • Membuat pembayaran mengikut peringkat pelaksanaan projek; dan
  • Memastikan projek-projek pembangunan yang telah siap diselenggara dengan teratur




PIAGAM PELANGGAN
 

Pelanggan : Pembekal

Kami berjanji akan :-

 

  • Memproses permohonan pembayaran untuk dihantar ke Jabatan Akauntan Negara dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh dokumen lengkap diterima;
  • Memberi maklum balas bagi setiap aduan rasmi dalam kawasan BKP dalam masa tiga (3) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima; dan
  • Mengeluarkan Surat Tawaran Kontrak bernilai di bawah RM10,000.00 dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.