Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Perutusan Ketua Pengarah

Dengar teks ini


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang ke Portal MyWanita, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Portal MyWanita merupakan gerbang kepada penyampaian maklumat mengenai visi, misi serta objektif kewujudan JPW serta perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai secara amnya dan kumpulan sasar khususnya.
 
Selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sektor awam, portal MyWanita mempunyai peranan yang amat penting sebagai pemangkin penglibatan dan kerjasama rakan strategik dalam merealisasikan pelaksanaan aktiviti dan halatuju JPW.
 
Portal MyWanita interaktif juga turut menjadi wadah pengantara dan komunikasi dua hala bagi orang ramai mengemukakan maklum balas berhubung aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh JPW. Maklum balas yang diterima ini adalah kritikal bagi JPW melaksanakan penambahbaikan agar ianya akan lebih berkesan serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara. Portal MyWanita juga membantu JPW menyebarkan maklumat dengan lebih mudah dan pantas kepada kumpulan sasar di semua peringkat dengan lebih efektif dan berkesan.
 
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian anda melayari portal MyWanita. Seterusnya, saya berharap agar portal MyWanita ini akan terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang berguna buat kita semua khususnya kumpulan sasar Jabatan ini. Perkongsian maklumat akan dapat sama-sama menyumbang kepada pemerkasaaan agenda wanita negara ini.
 
Sekian, Wassalam.
 
Datuk Yatimah Sarjiman
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita