Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Soalan Lazim
1.

Apakah Program Pembangunan Kapasiti yang Dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?

2.

Apakah Program Yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?

3.

Apakah Strategi Yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?

4.

Apakah Objektif Jabatan Pembangunan Wanita ?

5.

Apakah Misi Jabatan Pembangunan Wanita ?

6.

Apakah Visi Jabatan Pembangunan Wanita ?



1.

Apakah Program Pembangunan Kapasiti yang Dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?


  1. Menjalankan program/aktiviti kesedaran dan kefahaman untuk meningkatkan pengetahuan menerusi Forum, Seminar, Dialog dan Bengkel;
  2. Memperluaskan program peningkatan kapasiti wanita bersama pelajar IPTA/IPTS dan wanita di kawasan-kawasan luar bandar, perkampungan orang asli, kawasan estat, dan perkampungan baru masyarakat Cina;
  3. Menyediakan Geran Bantuan Khas Perbendaharaan untuk membantu NGO melaksanakan pelbagai program/aktiviti yang menyokong peningkatan kapasiti wanita;
  4. Menyebar luas maklumat melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan literasi undang-undang;
  5. Menganjurkan Program Hari Wanita Antarabangsa pada setiap 8 hb Mac;
  6. Menganjurkan Program Hari Wanita Kebangsaan pada setiap 25 Ogos;
  7. Menganjurkan Program Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada setiap 25 hb November; dan
  8. Memperluaskan penganjuran program/aktiviti secara kerjasama dengan rakan strategik atau Pertubuhan Bukan Kerajaan hingga ke peringkat akar umbi.



2.

Apakah Program Yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?


  1. Menyediakan kursus dan latihan kemahiran kepada wanita menerusi Program I-Kit dan I-Keunita dan Program-program lain yang dijalankan untuk mereka memulakan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dan keusahawanan di peringkat akar umbi; Mengadakan Hari Bersama Pelanggan untuk mendampingi wanita di kawasan luar bandar, perkampungan orang asli, kawasan estet, dan perkampungan baru masyarakat Cina;
  2. Memperluaskan kaedah latihan dan kemahiran yang lebih komprehensif untuk memberi nilai tambah kepada Program asas seperti I-KIT dan I-Keunita;
  3. Mengadakan Program Anjakan Minda Keusahawanan: U-Boleh;
  4. Mengadakan Program Dialog Memperkasakan Ibu Tunggal;
  5. Mengadakan Program Upskiling dan Reskiling; dan
  6. Memperluaskan jaringan rakan strategik bersama Agensi-agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.



3.

Apakah Strategi Yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ?


  1. Menyediakan sistem sokongan dalam bentuk latihan kemahiran kepada wanita menerusi Program-program Pembangunan Ekonomi seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawan Wanita (I-Keunita); dan
  2. Menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang keusahawanan selaras dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA); dan
  3. Memperluaskan program-program pendampingan (outreach) masyarakat untuk menarik lebih ramai wanita di kawasan luar bandar, perkampungan orang asli, kawasan estet, perkampungan baru masyarakat Cina mengambil bahagian.



4.

Apakah Objektif Jabatan Pembangunan Wanita ?


Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program-program membina kapasiti yang cekap dan berkesan.



5.

Apakah Misi Jabatan Pembangunan Wanita ?


Meningkatkan penglibatan dan kapasiti wanita dalam pelbagai sektor di semua peringkat bagi menyumbang dan menjadi agen pembangunan negara.



6.

Apakah Visi Jabatan Pembangunan Wanita ?


Mencapai kesaksamaan gender sebagai asas utama pembangunan komuniti ke arah pembentukan sebuah negara maju.