OBJEKTIF

  1. Memantau dan menilai pelaksanaan dasar, inisiatif dan program Jabatan di semua peringkat yang meliputi pelan tindakan, program dan inisiatif Jabatan.
  2. Menyelia dan/atau menyelaras pelaporan hasil pemantauan dan penilaian pelaksanaan dasar inisiatif dan program jabatan.
  3. Mengenal pasti isu-isu berkaitan pelaksanaan dasar, inisiatif dan program Jabatan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan dan pengubahsuaian pelaksanaan dasar, inisiatif dan program jabatan.
  4. Memastikan pemberian Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan selaras dengan bidang keutamaan dan kumpulan sasaran Jabatan.

 

FUNGSI

  1. Memantau pelaksanaan program NGO yang menerima peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan Khas (PBKP) melalui empat (4) kaedah iaitu:
    • Penerimaan Laporan Pelaksanaan Program (LPP)
    • Naziran ke atas penerima PBKP
    • Mengadakan sesi perbincangan dengan NGO iaitu dengan memberi khidmat nasihat
    • Menghadiri program yang dilaksanakan oleh NGO sebagai pemerhati
  2. Memantau pelaksanaan program Jabatan dan program kerjasama strategik agensi luar.
  3. Mengadakan taklimat pelaksanaan program kepada penerima PBKP.
  4. Menyediakan laporan berkala tentang prestasi pelaksanaan program-program yang telah dilaksanakan oleh JPW, MPWK dan NGO.
  5. Menyelaras program-program keusahawan wanita.
  6. Menyediakan input/maklumbalas mengenai pelaksanaan program oleh NGO dan MPWK.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

  1. Perbincangan Meja Bulat bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Program Perbincangan Meja Bulat Bersama NGO diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai syarat-syarat, kelayakan dan prosedur permohonan serta pelaporan kepada NGO yang ingin memohon peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan bagi melaksanakan Program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  2. Pemantauan, penilaian dan pelaporan semua program yang dilaksanakan oleh Jabatan
    • Memantau, menilai dan mengumpul laporan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan dan PPWN seperti program DEWI, MPWK, WAJA, Literasi Undang-Undang, Bridge to Better Life, program NBOS, Program Transformasi Minda (U-Boleh), Bantuan Khas Perbendaharaan NGO, program keusahawanan dan lain-lain.

Tarikh Halaman Dikemaskini : 07 Januari 2018 10:35 am