MAKLUMAT BERKAITAN NGO DAN PERMOHONAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN KPWKM

 

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan adalah Bantuan Kewangan KERAJAAN yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menjalankan program Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat;

Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program khidmat kebajikan dan bertindak sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA NGO

 

1 ) PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN

Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan dan diiktiraf oleh KPWKM bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negara ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita,keluarga dan masyarakat.

 

SYARAT PELAKSANAAN PROJEK

  • Semua pemohon yang berjaya perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Program
  • Semua NGO perlu memberi PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN
  • Anjuran bersama dengan KPWKM melalui penggunaan LOGO KERAJAAN dan KPWKM

 

BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM

  1. Pembangunan Wanita
  • Latihan dan Peningkatan Kemahiran
  • Peningkatan Kapasiti Wanita
  • Literasi Undang-undang
  • Pengurusan Emosi
  • Nur Bahagia (Menangani Keganasan Terhadap Wanita)
  • Kepekaan Gender

 

  1. Pembangunan Keluarga
  • Kekeluargaan
  • Keibubapaan
  • Kebapaan
  • Persediaan Perkahwinan
  • Pemantapan Perkahwinan
  • Pembangunan Remaja
  • Kesihatan Reproduktif

 

iii.   Pembangunan Masyarakat

 

  • Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
  • Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
  • Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
  • Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
  • Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
  • Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
  • Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  • Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
  • Persediaan Persaraan

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN NGO UNTUK MEMOHON BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

  • Telah BERDAFTAR dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia;
  • Tidak berorientasikan keuntungan (NON-PROFIT ORGANIZATION);
  • Selaras dengan bidang keutamaan yang telah dinyatakan;
  • Tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia;
  • Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan;
  • Memberi MANFAAT kepada kumpulan sasar

 

BORANG PERMOHONAN

Borang rasmi permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://www.jkm.gov.my),

Jabatan Pembangunan Wanita (https://www.jpw.gov.my) dan

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (http://www.lppkn.gov.my).

 

MAKLUMAT LANJUT:

 

Program Pembangunan Wanita:

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Wanita

Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p.: Pengarah, Bahagian Penyelarasan, Pemantauan &     Penilaian)

Tel: 03-8323 1620/1633

Faks:03-8323 2035

Website: www.mywanita.gov.my

Email: info@jpw.gov.my

 

Program Pembangunan Keluarga:

Ketua Pengarah

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Tingkat 21, Bangunan LPPKN

Peti Surat 10,416

Jalan Raja Laut

50712 Kuala Lumpur

(u.p: Pengarah, Sektor Perkhidmatan Keluarga)

Tel:         03-2613 7555 (samb. 1209/1214)

Faks:      03-2694 5458

Website: www.lppkn.gov.my

Emel: penduduk@lppkn.gov.my

 

Program Pembangunan Masyarakat:

Ketua Pengarah

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p: Bahagian Komuniti)

Tel:         03-8323 1000

Faks:      03-8323 2059

Website: www.jkm.gov.my

Email:adminjkm@jkm.gov.my