Program Bazar Wanita 1Malaysia (BW1M) telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 14 Disember 2012 di ruang niaga Pasar Tani, Presint 2 Putrajaya.

 

Objektif

Bazar Wanita 1Malaysia ini diwujudkan untuk menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan wanita berpendapatan rendah bagi menjana pendapatan mereka sendiri di pasar-pasar tani, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh Malaysia. Sehingga Disember 2017, Bazar Wanita 1Malaysia telah diwujudkan di 14 negeri dengan penyertaan seramai 320 usahawan wanita.

 

Kumpulan Sasar

Keutamaan bagi menyertai program ini adalah kepada ibu tunggal dan usahawan wanita yang berpendapatan rendah.  Usahawan wanita yang menyertai Bazar Wanita adalah dalam kalangan wanita yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam bidang perniagaan.


Tarikh Halaman Dikemaskini : 09 Januari 2018 3:47 am