Program Development of Women Entrepreneurs Initiative (DeWI) atau sebelum ini dikenali dengan nama program Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) merupakan program pemerkasaan ekonomi wanita yang menggunakan konsep inkubator atau hand holding (latih dan bimbing). Melalui program ini, peserta akan diberikan latihan kemahiran dan penyeliaan yang rapi agar mereka mampu menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup.  Program ini turut dilaksanakan di seluruh negara menerusi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

 

Objektif Program

  1. Membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup wanita dan ibu tunggal selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kemudian diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11);
  2. Membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dikomersilkan;
  3. Meningkatkan potensi untuk berdikari dari aspek ekonomi setelah memperoleh kemahiran; dan
  4. Membuka minda & memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri.

 

Kumpulan Sasar

Keutamaan bagi menyertai program ini adalah kepada ibu tunggal dan wanita yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar di dalam sistem e-Kasih serta penerima bantuan kebajikan JKM.

Wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah boleh memohon untuk menyertai program ini melalui 13 Pejabat-pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi negeri di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan. Wanita dan ibu tunggal di Sabah boleh mengemukakan permohonan menerusi JHEWA manakala wanita dan ibu tunggal di Sarawak melalui JWKS.

 

Pelaksanaan program berdasarkan program ikonik negeri (Inisiatif DeWI)


Tarikh Halaman Dikemaskini : 07 Januari 2018 4:01 pm