DeWI (Development of Women Entrepreneurship Initiative Programme)

 

* No English Translations Available.

 

Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi memperlengkapkan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan yang boleh digunakan untuk menjalankan projek keusahawanan serta perkhidmatan bagi menjana pendapatan.

 

Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk membantu dan memberi pendedahan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada ibu tunggal tentang teknik asas penjagaan rambut dan urutan refleksologi. Selain itu juga,ia dapat menghasilkan perkhidmatan kerana selain mendalami bidang urutan para peserta juga dapat membina keyakinan diri untuk menceburi bidang perniagaan dengan ilmu asas perniagaan yang didedahkan. Malah ia memberi peluang kepada ibu tunggal yang tidak berkemampuan menyara kehidupan tetapi mempunyai minat untuk belajar kemahiran yang dapat membaik pulih kehidupan keluarga mereka dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mempunyai perancangan perniagaan termasuk mengenali kekuatan / kelemahan diri dan perusahaan yang ingin diceburi.

 
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggariskan tiga tahap tindakan bertujuan membangunkan ekonomi, kapasiti dan kualiti hidup wanita. Ketiga-tiganya saling berhubung antara satu sama lain kerana usaha memperkasa dan meningkatkan kualiti hidup wanita sebenarnya amat berkait rapat dengan kestabilan ekonomi diri serta keluarga.

 
Sebagai langkah jangka sederhana dan panjang untuk membangunkan ekonomi wanita, Jabatan Pembangunan Wanita memberikan tumpuan terhadap aspek pembangunan kapasiti golongan wanita serta ibu tunggal.

 
Secara kesimpulannya, program ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam projek ekonomi sejajar dengan matlamat NKRA dan RMK-9 iaitu untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan wanita melalui penyertaan dalam aktiviti perniagaan keusahawanan.


Page Date Updated : 09 October 2017 8:59 am