"Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara" Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026
28 Januari 2026
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini hadir merasmi dan melancarkan tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 peringkat Zon Borneo.
Bertemakan "Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara", sambutan kali ini membawa mesej bahawa kekuatan negara bermula daripada rakyat dan wanita yang merupakan teras kepada pengukuhan tersebut.
Pemerkasaan wanita melalui ekonomi kreatif dan teknologi bukan sahaja membuka peluang ekonomi baharu, malah membina masyarakat yang lebih inovatif, inklusif dan berdaya saing.
Dengan sokongan teknologi digital, platform e-dagang dan pemasaran dalam talian, produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh wanita kini berpeluang menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sambutan Hari Wanita bukan sekadar acara simbolik atau acara tahunan, tetapi merupakan satu wadah nasional yang mengiktiraf peranan kaum wanita sebagai tonggak kekuatan serta pemangkin pembangunan negara.
Turut hadir ialah YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
TAKLIMAT DAN LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT KE IBU PEJABAT JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)
19 Januari 2026
Bersempena kunjungan YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) satu sesi taklimat telah diberikan kepada beliau oleh YBrs Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi serta pelaksanaan inisiatif dan program strategik JPW dalam usaha memperkasa wanita di peringkat nasional.
Dalam sesi taklimat tersebut, YB Timbalan Menteri telah diberikan penerangan berkaitan hala tuju serta pencapaian semasa JPW dalam mendukung agenda pembangunan wanita selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. Perbincangan turut memfokuskan kepada kluster utama JPW iaitu Wanita dan Kepimpinan, Wanita Ekonomi, Wanita Sejahtera serta Wanita Selamat, pengukuhan tadbir urus dan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi memastikan program yang dilaksanakan memberi impak berterusan kepada golongan sasar.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen kepimpinan kementerian dalam memperkukuh sinergi bersama warga JPW, di samping memastikan setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan terus relevan, inklusif dan berkesan demi memartabatkan wanita serta menyokong pembangunan negara secara holistik.
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Zon Borneo telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs. Puan Hanani binti Sapit.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada penyelarasan pelaksanaan, perancangan program serta pengukuhan kerjasama strategik bersama Jabatan dan Agensi Persekutuan serta Negeri bagi memastikan sambutan dilaksanakan secara tersusun, berimpak dan inklusif.
#RealisasiReformasi
#Rutin2Reformasi
HELANG LANGKAWI BERSINAR OREN: Â SIMBOL SOLIDARITI HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA
24 November 2025|Isnin
 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Langkawi Kedah dengan turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi KPWKM. Lawatan ini adalah bersempena dengan penganjuran beberapa program oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di daerah tersebut.
Menerusi lawatan kerja ini, YB Menteri akan turut menghadiri dan merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan (AAGS), mempengerusi Mesyuarat Majlis Wanita Keluarga dan Negara (MWKN) dan seterusnya melancarkan Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2025 (Elimination Of Violence Against Women (Evaw) pada sebelah malam di Dataran Lang, Langkawi.
Malam ini, YB Menteri telah menghadiri acara kemuncak iaitu pelancaran Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2025 di Dataran Lang, Langkawi. Â Ikon burung helang Langkawi yang merupakan simbol kekuatan dan kebanggaan negara akan diterangkan dengan nyalaan lampu oren sebagai gimik pelancaran. Sambutan ini merupakan kali yang ke-17 diadakan sejak program sambutan EVAW diperkenalkan oleh KPWKM pada tahun 2009. Tarikh 25 November telah diiktiraf sebagai Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita melalui resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2000.
KPWKM melalui JPW telah menggerakkan kempen Eliminate Violence Against Women (EVAW) sepanjang tahun  bagi memastikan agenda menghentikan keganasan terhadap wanita ini dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh. JPW juga komited melaksanakan program-program khusus untuk menangani keganasan terhadap wanita. Sejak Januari sehinga Oktober 2025, JPW telah melaksanakan 101 program advokasi menangani keganasan terhadap wanita dengan penyertaan 74,397 peserta. Penglibatan di peringkat negeri juga turut dirasai melalui pelbagai inisiatif dan solidariti oren dan nyalaan lampu oren di setiap negeri.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu ini, KPWKM berharap dengan penganjuran program-program advokasi  pencegahan keganasan dan gangguan seksual seumpama ini  dapat memberikan kesedaran dan manfaat kepada para peserta kerana perlakuan keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita  bukanlah isu yang dialami oleh wanita semata-mata tetapi satu jenayah dan memberikan kesan besar terhadap institut keluarga dan sosial di negara kita.
Hadir bersama, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YB Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, YBrs. Dr Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah JPW, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Jabatan dan Agensi.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#EVAW
#HentikandanLaporkan
#taatsetia
#RealisasiReformasi
#Rutin2Reformasi
