Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah mengambil inisiatif berdasarkan Mesyuarat NBOS Pre-Summit pada 1 Disember 2016 dengan melaksanakan Projek Pembangunan Ikonik Wanita yang dijenamakan sebagai LaWa (Laman Wanita). LaWa melibatkan usahawan wanita yang ditempatkan di satu lokasi berkonsepkan flea market dan urban/ hipster.

 

Objektif

Objektif pelaksanaan Laman Wanita adalah untuk:

  1. Menyediakan satu platform dan peluang kepada usahawan wanita untuk menjana pendapatan;
  2. Membangunkan potensi dan kemahiran dalam kalangan usahawan wanita serta membantu mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan kepada masyarakat; dan
  3. Meneroka dan meluaskan jaringan perniagaan dengan menyediakan ruang dan peluang perniagaan yang lebih luas.

 

Kumpulan Sasar

Usahawan wanita yang menyertai LaWa adalah tidak terhad kepada ahli PERWANI malahan melibatkan semua usahawan wanita sama ada daripada kalangan penerima bantuan dan geran pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) termasuk golongan sasar wanita di bawah kementerian/agensi yang lain.