PENDAHULUAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menjenamakan semula dan memperkukuhkan fungsi Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) yang telah ditubuhkan pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan negara, yang tidak lagi berfungsi setelah penubuhan Kementerian ini.

 

NAMA MAJLIS

Majlis baharu ini dikenali sebagai Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di bawah KPWKM.

 

FUNGSI MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDING WANITA

Fungsi Majlis Penasihat dan Perunding Wanita adalah seperti berikut:

  1. Menasihati Kerajaan dalam proses penggubalan dasar untuk meningkatkan keupayaan wanita dalam pelbagai sektor;
  2. Memberi syor kepada Kerajaan dalam merangka strategi dan program ke arah mencapai matlamat Dasar Wanita Negara;
  3. Menjadi pusat rujukan dan perunding dalam merangka dan merancang pelan promosi dan strategi bagi mengarusperdanakan gender dalam semua dasar Kerajaan;
  4. Memantau pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang dilaksanakan pelbagai Kementerian dan melapor status pelaksanaan dasar kepada Kerajaan melalui Gender Focal Point;
  5. Memberi nasihat, pandangan dan perakuan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk merangka strategi Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita;
  6. Mengkaji semula dasar semua kementerian, jabatan, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang berhubung dengan wanita;
  7. Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu berkaitan wanita termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa; dan
  8. Menyediakan Laporan Tahunan bagi memaklumkan fungsi yang telah dijalankan oleh Majlis.

 

KEANGGOTAAN MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDING WANITA

Keanggotaan Majlis Penasihat dan Perunding Wanita adalah seperti berikut:

 

  1. Ahli Tetap

 

BIL. KEANGGOTAAN PENYANDANG
1. Pengerusi

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

2. Timbalan Pengerusi

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

3. Ahli Tetap

 

Seramai tidak kurang dari 13 orang Ahli Tetap dilantik oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia secara rasmi bagi mewakili 13 bidang di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Wanita

 

4. Setiausaha Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita

[Urus Setia:  Jabatan Pembangunan Wanita]

 

  1. Ahli Tambahan (co-opted)
    • Selain daripada Ahli Tetap di para 4.1 di atas, Ahli Tambahan (co-opted members) boleh dijemput dari agensi kerajaan mengikut keperluan perbincangan Majlis.

 

MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDING WANITA

  1. Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis. Sekiranya ketiadaan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi Majlis hendaklah mempengerusikan mesyuarat;
  2. Hanya Ahli Tetap boleh hadir ke Mesyuarat ini dan kehadiran tidak boleh diwakilkan kepada pihak lain;
  3. Mesyuarat Majlis akan bersidang sebanyak dua (2) kali setahun;
  4. Tempat dan tarikh bagi mesyuarat Majlis akan ditetapkan oleh Urus Setia dengan persetujuan Pengerusi; dan
  5. Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Majlis adalah terdiri daripada 2/3 kehadiran Ahli Tetap.

 

PELANTIKAN

Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita dilantik oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

 

PELANTIKAN AHLI MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDING WANITA BAGI PENGGAL PERTAMA 2015 – 2017

Pelantikan Ahli MPPW bagi penggal pertama iaitu bermula dari tahun 2015 hingga 2017 telah dibuat pada 25 Ogos 2017 semasa Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun 2015 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Penyerahan watikah pelantikan telah di sempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 

Antara Ahli MPPW yang dilantik bagi penggal pertama adalah seperti berikut:

 

  1.  Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

          Presiden

          National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO)

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1. Tan Sri Zarinah Anwar

          Pengerusi

          Malaysia Debt Ventures Berhad

         (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1. Puan Sri Tiara Jacquelina

          Pengerusi Kumpulan

          Enfiniti Vision Media Sdn Bhd

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1. Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob

          Pengerusi

          RAM Holdings Berhad

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Dato’ Dr Nellie S.L Tan-Wong

          Ketua Pegawai Eksekutif

          Women’s Institute of Management

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Dato’ Jamelah A. Bakar

          Pengerusi

          Biro Wanita dan Keluarga

          Persatuan  Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib-Alsree

          Pengerusi

          PERKIM Sarawak

           (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1. Datuk Yvonne Chia

          Independent Non Executive Director of Astro Malaysia Holdings Berhad and Shell Refining Company (FOM) Berhad

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan

          Ahli Majlis Orang Kurang Upaya (OKU)

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Prof Madya Dr. Madeline Berma

          Pengarah

          Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Puan Ainon Kuntom

          Pengarah

          Yayasan Jantung Malaysia

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Puan Low Ngai Yuen

          Presiden

          Kakiseni

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Puan Nuraizah Shamsul Baharin

          Pengarah Urusan

          Madcat World Sdn. Bhd

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Puan Ivy Nalammah Josiah

          Ahli Kaunsel Wilayah Forum Pembangunan, Wanita, Undang-undang Asia Pasifik & Aktivis Wanita

          (Ahli MPPW bermula 2015 hingga kini)

 

  1.  Puan Cheryl Yeoh

          Mantan Ketua Pegawai Eksekutif

          Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC)

          (Telah meletak jawatan sebagai Ahli MPPW pada tahun 2016)