DATUK SAIDATU AKHMA HASSAN
DATUK SAIDATU AKHMA HASSAN
DATUK SAIDATU AKHMA HASSAN
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Keuarga dan Masyarakat

Perutusan Ketua Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Portal Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Portal ini merupakan gerbang kepada penyampaian maklumat mengenai visi, misi serta objektif kewujudan JPW serta perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai secara amnya dan kumpulan sasar khususnya.

Selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sektor awam, portal Jabatan Pembangunan Wanita mempunyai peranan yang amat penting sebagai pemangkin penglibatan dan kerjasama rakan strategik dalam merealisasikan pelaksanaan aktiviti dan halatuju JPW.

Portal interaktif ini juga turut menjadi wadah pengantara dan komunikasi dua hala bagi orang ramai mengemukakan maklum balas berhubung aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh JPW. Maklum balas yang diterima ini adalah kritikal bagi JPW melaksanakan penambahbaikan agar ianya akan lebih berkesan serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara. Portal JPW membantu menyebarkan maklumat dengan lebih mudah dan pantas kepada kumpulan sasar di semua peringkat dengan lebih efektif dan berkesan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian anda melayari portal ini dan semoga terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang berguna buat kita semua khususnya kumpulan sasar Jabatan ini. Perkongsian maklumat akan dapat sama-sama menyumbang kepada pemerkasaaan agenda wanita negara ini.

Sekian, Wassalam.

Datuk Saidatu Akhma Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kemaskini : Nov 13, 2019 @ 5:37 pm