YB DATO' SRI ROHANI  ABDUL KARIM
YB DATO' SRI ROHANI  ABDUL KARIM
YB DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Bismillahirrahmanirahim,

Assalammualaikum W.B.T Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melancarkan Portal Wanita Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sekaligus dapat mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita.

Portal Wanita JPW adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan fakta mengenai jabatan ini serta perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, portal ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengutarakan pandangan, pendapat dan maklum balas selain membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan jabatan. Kewujudan Portal Wanita ini adalah sebahagian dari komitmen kerajaan untuk bersikap lebih terbuka dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Saya berharap portal rasmi ini akan digunakan oleh orang ramai bukan sahaja untuk mendekatkan diri dengan JPW malah boleh membantu memberikan cadangan yang bernas untuk penambahbaikan dari segi perkhidmatan jabatan kepada masyarakat.

Akhir kata, semoga maklumat dalam portal ini dapat membantu pengunjung menambah pengetahuan dan manfaat daripadanya.
Selamat melayari Portal Wanita JPW.

Terima kasih.


Tarikh Halaman Dikemaskini : 09 Januari 2018 3:36 am