Satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS-8) yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Komuniti Perwani 1Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Majlis 1 Million Women Purple Walk, 17 Mac 2013. Perkhidmatan yang diberikan oleh Perwani adalah bersifat kesukarelaan di bawah naungan KPWKM. Program-program yang dilaksanakan adalah berdasarkan dua teras utama iaitu kesukarelawanan dan program pemerkasaan ekonomi.

 

Objektif

Ahli Komuniti Perwani 1Malaysia berperanan sebagai agen transformasi di peringkat komuniti / masyarakat setempat. Objektif penubuhan PERWANI adalah bagi :

  1. Meningkatkan kefahaman masyarakat dengan memberi mereka maklumat mengenai program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan;
  2. Merancang dan melaksanakan program-program untuk kesejahteraan wanita dan masyarakat; dan
  3. Membentuk jaringan para wanita yang mempraktikkan mekanisme pengurusan yang terbaik.

 

Kumpulan Sasar

Komuniti Perwani 1Malaysia diwujudkan dengan keahlian seramai 10-20 wanita yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berumur 18 tahun ke atas.


Tarikh Halaman Dikemaskini : 07 Januari 2018 3:54 pm