LATAR BELAKANG JABATAN PEMBANGUNAN WANITA

  1. Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development – NACIWID) sebagai jentera bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Urus setia Majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri . Ahli-ahli Majlis berkenaan dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun.
  2. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID.
  3. Pada 26 Ogos 1985, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan dengan menaikkan tarafnya kepada Bahagian.
  4. Pada 27 Oktober 1990, Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
  5. Pada 29 Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan.
  6. Pada 1 Julai 1997, HAWA beroperasi sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
  7. Pada 18 Disember 1999, selepas Pilihanraya Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan semula di Jabatan Perdana Menteri.
  8. Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.  JPW terdiri daripada lima (5) bahagian:-
    • Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita
    • Bahagian Pembangunan Kapasiti
    • Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian
    • Bahagian Bimbingan dan Kaunseling
    • Bahagian Khidmat Pengurusan

 

  1. Pada 1 Mac 2002, pejabat cawangan JPW iaitu Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) telah ditubuhkan di:- 
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Negeri Sembilan
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh Halaman Dikemaskini : 18 Mei 2018 3:42 pm