Seminar Literasi Undang-Undang (LUU)

Seminar ini memberi fokus kepada modul keganasan rumahtangga, perkahwinan sivil dan syariah, harta pusaka, wasiat, nafkah, hal penjagaan anak, harta sepencarian, poligami dan sebagainya.

 

  1. Objektif
    • Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai hak hak mereka dari aspek perundangan sivil dan syariah
  2. Kumpulan sasar
    • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan wanita.

 

Wanita Anti Jenayah (WAJA)

Program ini memberi fokus kepada aspek gangguan seksual, penderaan terhadap wanita, keldai dadah, keldai akaun, jenayah siber dan pelbagai jenayah yang menganiayai wanita secara amnya.

 

  1. Objektif
    • Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita terhadap pelbagai jenis jenayah dan sedar serta berhati-hati sentiasa.
  2. Kumpulan sasar
    • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan wanita.

 

Program Kesejahteraan Emosi (Bridge to a better life)

Program ini menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani pelbagai isu kehidupan seperti kekeluargaan.

 

  1. Objektif
    • Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pendekatan humanistik, kemahiran asas kaunseling, psikologi pengurusan keluarga dan teknik pengurusan emosi yang berkesan.
  2. Kumpulan sasar
    • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan wanita.

 

Program Transformasi Minda (U-BOLEH)

Program Transformasi Minda (U-Boleh) merupakan satu bentuk program reach out kepada peserta.

 

  1. Objektif
    • Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kaunseling motivasi dan menggunakan pendekatan psikologi agar para peserta mempunyai minda keusahawanan.
  2. Kumpulan sasar
    • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan wanita.

 

Program Pembangunan Rumah Perlindungan Wanita

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), agensi di bawah KPWKM diberi tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan di bawah majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan menempatkan wanita yang diselamatkan di Rumah Perlindungan Wanita di bawah JPW.

 

  1. Objektif
    • Memberi perlindungan kepada mangsa  bagi tujuan pemulihan dan perlindungan  sehingga proses departriasi.
  2. Kumpulan sasar
    • Mangsa pemerdagangan orang.

 

Sambutan dan Kempen Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW)

Secara umumnya kempen bermula 1 Oktober yang dilancarkan oleh YAB Menteri KWPKM dan berlarutan sehingga Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita diperingkat Antarabangsa pada 25 November.

 

  1. Objektif
    • Kempen ini bertujuan utnuk memberi pengetahuan dan kesedaran keapda masyarakat khususnya wanita terhadap pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap wanita dan tidak melakukan keganasan terhadap golongan ini.
  2. Kumpulan sasar
    • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan belia.