• Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita
    Apakah Definisi Ibu Tunggal?

    Mulai Banci Penduduk dan Perumahan 2010, KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan kriteria / parameter / definisi berikut:

    1. perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
    2. perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
    3. perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
    Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Ibu Tunggal Dengan Jabatan Pembangunan Wanita?

    Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang iwanita.jpw.gov.my atau mengunjungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia.

    Apakah Jenis Bantuan Yang Diberikan Jika Berdaftar Sebagai Ibu Tunggal?
    1. Program peningkatan kemahiran dan
    2. Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.

     

    Jabatan hanya menyediakan program berbentuk pembangunan kapasiti namun tidak menyediakan sumbangan atau bantuan kewangan. Ibu tunggal boleh memohon bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara bantuan yang diberikan adalah skim Bantuan Kanak-kanak (BKK). BKK diberikan kepada keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah, dengan kadar RM100 sebulan seorang dan kadar maksimum ialah RM450 sebulan sekeluarga melebihi empat (4) orang kanak-kanak.

    Ibu Tunggal juga boleh memohon Bantuan AM (BA). Bantuan ini diberi kepada ibu tunggal yang bercerai atau ditinggalkan suami, yang miskin dan memerlukan bagi membantu menampung perbelanjaan harian keluarga dengan kadar RM100 sebulan dan kadar maksimum RM350 sebulan. Kelayakan minima bagi mendapatkan bantuan ini, pendapatan keluarga mestilah di bawah RM930 sebulan bagi Semenanjung, RM990 bagi Sarawak dan RM1,170 bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Adakah terdapat pelan berkaitan ibu tunggal?

    Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal telah ada sejak 2011 yang komprehensif merangkumi aspek pemerkasaan daripada segi ekonomi, sosial serta aspek penyelidikan dan penyelarasan. Pelan Tindakan tersebut mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak yang berkepentingan.

    Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menggalakkan lagi usahawan wanita yang berjaya?

    Kementerian melalui JPW menawarkan Development of Women Enterpreneurs Initiatives (DeWI) sebagai langkah pemerkasaan ekonomi wanita melalui peningkatan jumlah usahawan wanita yang berjaya. Pengetahuan dan kemahiran mengenai selok-belok perniagaan pelbagai bidang diberikan kepada wanita yang berminat di seluruh Malaysia selain wujud juga bantuan daripada segi kewangan oleh Kerajaan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan.

    Apakah program Kementerian yang memfokuskan golongan wanita luar bandar?

    Program-program wanita di luar bandar dianjurkan dan dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK). Antara program berkenaan adalah program keusahawanan DeWi, sukarelawan PERWANI dan Home Manager.

    Apakah fokus inisiatif kerajaan untuk memperkasakan wanita?

    Pelan Tindakan Pembangunan Wanita memfokuskan kepada ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, sukan dan kebudayaan, kesenian dan warisan. Kesemua bidang fokus yang melibatkan kesejahteraan wanita ini berada dalam perhatian Kementerian.

    Kemaskini : Jun 10, 2020 @ 5:34 pm
  • Bahagian Usahama Strategik
    Apakah aktiviti Komuniti PERWANI 1Malaysia?

    Aktiviti PERWANI 1Malaysia meliputi program-program yang berbentuk kemasyarakatan untuk mengeratkan silaturahim antara wanita setempat.

    Ahli Komuniti PERWANI 1Malaysia boleh menentukan sendiri aktiviti yang hendak dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat. Bagi memupuk kepimpinan di kalangan wanita di peringkat akar umbi, ahli Komuniti PERWANI berpeluang untuk merancang, dan melaksanakan sendiri aktiviti yang dirasakan bersesuaian dan diperlukan di dalam masyarakat setempat.

    Siapakah yang layak dilantik sebagai Pengerusi Komuniti PERWANI?

    Mana-mana wanita layak yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan layak untuk dilantik sebagai Pengerusi PERWANI.

    Bagaimanakah cara untuk mendaftar dalam sesebuah Komuniti PERWANI?

    Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran perkumpulan PERWANI iaitu secara online dan manual. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan Komuniti PERWANI melalui akses ke sistem online di http://iwanita.jpw.gov.my.

    Bagi permohonan secara manual, borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

    Bolehkah saya membuat pendaftaran Komuniti PERWANI tanpa nombor kad pengenalan semua ahli komuniti yang hendak didaftarkan?

    Tidak boleh.

    Adakah dibenarkan beberapa Komuniti melaksanakan satu (1) aktiviti bersama?

    Boleh dan amat digalakkan.

    Program / aktiviti bagaimanakah yang paling digalakkan oleh Jabatan?

    Aktiviti berbentuk kesukarelawanan dan keusahawanan yang membawa manfaat kepada masyarakat setempat adalah amat digalakkan. Antara contoh program yang boleh dilaksanakan adalah khidmat bantuan sokongan keluarga khususnya bagi mendengar permasalahan dan perkongsian luahan hati wanita setempat dan taklimat pemasaran produk untuk mendorong usahawan wanita meneroka pasaran yang lebih luas.

    Adakah Jabatan membantu Komuniti PERWANI 1Malaysia melaksanakan program?

    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), Jabatan Hal Ehwal Wanita Sarawak (JWKS), Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) boleh membantu dalam aspek mengetengahkan penglibatan PERWANI dalam program-program Jabatan.

    Bagaimanakah caranya untuk saya mempromosikan / melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah Komuniti PERWANI saya laksanakan?

    Melalui empat saluran berikut:

    1. Melalui laman web sosial, ahli Komuniti PERWANI boleh “tag” Komuniti PERWANI 1Malaysia;
    2. Di Facebook, sila “LIKE” laman “Komuniti PERWANI”, dan seterusnya tag “Komuniti PERWANI” di mana-mana gambar aktiviti yang telah dijalankan;
    3. Di Twitter, sila “FOLLOW” “@KomunitiPERWANI” dan sila tag di post aktiviti yang telah dijalankan; dan
    4. Di Instagram, sila “FOLLOW” “komunitiperwani” dan tag di gambar aktiviti yang telah di “post” kan.
    Di manakah aktiviti Komuniti PERWANI boleh diadakan?

    Diadakan di komuniti setempat dengan kos yang paling minimum.

    Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi urus setia seperti berikut:

    Hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) terdekat;

    Apakah Program Home Manager?

    Program Home Manager (HM) merupakan sebahagian inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sebagai pembantu rumah. HM merupakan suatu program  komprehensif yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan dalam bidang pencuci rumah, penjagaan kanak-kanak dan orang tua, penjagaan kesihatan, penjagaan transit dengan seterusnya menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Program tersebut akan dilaksanakan semula pada tahun ini dengan menggunakan pendekatan kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan seperti Kolej Komuniti, NGO dan juga pihak swasta bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos pelaksanaan program.

    Kemaskini : Jun 10, 2020 @ 5:34 pm
  • Bahagian Penilaian,Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan
    Apakah Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (PBKP)?

    PBKP yang berkuatkuasa pada tahun 2001 adalah disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan melaksanakan program-program KPWKM yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.

    Siapakah yang layak memohon PBKP ini?

    Semua NGO yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966.

    Agensi manakah yang terlibat?

    Permohonan boleh dikemukakan kepada agensi di bawah KPWKM yang terlibat iaitu:-

    oJabatan Pembangunan Wanita (JPW)
    oJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
    oLembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN)

    Siapakah kumpulan sasar yang akan menyertai program-program anjuran NGO yang menerima PBKP?

    1)Pembangunan Wanita (JPW)
    oB40 dan M40
    oUsahawan Wanita
    oPelajar Sekolah/Universiti

    2)Program Kesejahteraan Keluarga (LPPKN)
    oLelaki dan Perempuan
    oPasangan Suami Isteri
    oRemaja
    oKeluarga

    3)Program Pembangunan Masyarakat (JKM)
    oKanak-kanak
    oWarga Emas
    oOKU
    oPapa Kedana
    oMangsa Bencana
    oPertubuhan Sukarela Kebajikan

    Apakah contoh program yang NGO boleh laksanakan?

    1)Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Wanita
    oLatihan dan peningkatan kemahiran
    oPeningkatan kapasiti wanita
    oLiterasi Undang-undang
    oPengurusan Emosi
    oMenangani keganasan terhadap wanita
    oKepekaan gender

    2)Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Keluarga
    oKekeluargaan
    oKeibubapaan
    oKebapaan
    oPersediaan perkahwinan
    oPemantapan perkahwinan
    oPembangunan remaja
    oKesihatan reproduktif
    oPencegahan HIV/AIDS

    3)Bidang Keutamaan Bagi Program Pembangunan Masyarakat
    oPerlindungan dan Pemulihan Kanak-Kanak
    oAdvokasi & Literasi Akta-Akta Sosial & Undang-Undang
    oPerlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU)
    oPemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
    oPemulihan dan peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
    oKajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
    oPembangunan Kapasiti Komuniti & Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
    oProgram-program sokongan kepada penghidap HIV/AIDS

    Bagaimanakah tatacara permohonan PBKP?

    1)Mengemukakan Kertas kerja dalam Bahasa Malaysia
    2)Permohonan lengkap dan mengikut format
    3)Menepati bidang keutamaan dan kumpulan sasar
    4)Kemuka Permohonan SEBELUM program dilaksanakan
    5)Tatacara pemprosesan PBKP seperti di Lampiran A.

    Bagaimanakah pelaksanaan program?

    oMemaklumkan TARIKH JADUAL (TENTATIF) PELAKSANAAN PROGRAM, TEMPAT DAN NAMA PROGRAM berdasarkan Surat Perjanjian secara bertulis dalam TEMPOH 30 HARI selepas Surat Perjanjian ditandatangani

    oMemaklumkan sebarang PERUBAHAN ALAMAT ATAU MAKLUMAT TERKINI Pertubuhan / Penerima Bantuan Khas

    oSENTIASA MEMATUHI TERMA-TERMA dalam Surat Perjanjian dan Garis Panduan Pelaksanaan Program

    oPERMOHONAN SECARA BERTULIS
    kepada Ketua Pengarah Agensi sekiranya Penerima Bantuan ingin:
    a)menukar program (Rujuk : Klausa Pindaan,Tambahan dan Perubahan Surat Perjanjian); dan

    b)melanjutkan tempoh pelaksanaan
    (3bulan sebelum Surat Perjanjian TAMAT)

    Siapakah pelulus permohonan NGO yang memohon?

    Permohonan NGO akan di bawa masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Khas Perbendaharaan KPWKM untuk proses pemilihan. Proses pemilihan dibuat berdasarkan pengiraan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan

    Bagaimanakah penyediaan Laporan Pelaksanaan Program PBKP?

    oLaporan Pelaksanaan Program dikemukakan DALAM TEMPOH 30 HARI SELEPAS PROGRAM berakhir
    oPROGRAM SECARA BERSIRI/BERPERINGKAT, Laporan Kemajuan Pelaksanaan Program dikemukakan MENGIKUT PERINGKAT, TAHAP ATAU STATUS BESERTA DOKUMEN SOKONGAN PERBELANJAAN dalam TEMPOH 30 HARI selepas program dilaksanakan
    oLaporan dalam BAHASA MALAYSIA
    oNGO yang menerima PBKP yang tidak mengemukakan LPP akan dianggap GAGAL melaksanakan program seperti dipersetujui dalam Surat Perjanjian

    Bagaimanakah cara NGO memberi penghargaan kepada kerajaan?

    Program NGO yang dibiayai di bawah peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan perlu memberikan pengiktirafan kepada Kerajaan dengan menyatakan bahawa program tersebut merupakan anjuran bersama dengan KPWKM melalui penggunaan logo Kerajaan dan KPWKM.

    **Sijil, bunting, banner/backdrop

    Apakah tindakan sekiranya NGO melanggar SOP dan penetapan dalam Surat Perjanjian?

    oSekiranya pihak NGO melanggar syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam Surat Perjanjian, Kementerian/ Agensi boleh mengambil tindakan berikut:
    i)menamatkan perjanjian dan menarik balik peruntukan; dan/atau
    ii)menyenaraihitamkan NGO yang bermasalah; dan/atau
    iii)tindakan perundangan dan/atau hapuskira mengikut keadaan kes.
    oSebarang rayuan untuk tidak memulangkan Baki PBKP tidak akan dipertimbangkan. Baki PBKP yang tidak dipulangkan perlu dirujuk kepada urusetia.

    Kemaskini : Jun 10, 2020 @ 5:34 pm
  • Bahagian Bimbingan Dan Kaunseling
    Apakah bentuk Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan?

    Bentuk kaunseling yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    1. Bimbingan (individu, kelompok, kerjaya, keluarga, perkahwinan dan lain-lain)
    2. Kaunseling Individu
    3. Kaunseling Kerjaya
    4. Kaunseling Kelompok
    5. Kaunseling Keluarga
    6. Kaunseling Perkahwinan
    7. Kaunseling Krisis / Trauma
    8. E-Kaunseling (Kaunseling atas talian/whatapps)
    9. Tele – Kaunseling (Kaunseling melalui telefon)
    Apakah perkhidmatan lain yang ditawarkan ?

    Selain daripada Kaunseling, perkhidmatan pengendalian Ujian Psikologi juga boleh dibuat. Antara ujian yang sedia ada ialah seperti:

    1. Ujian Stres,
    2. Pelbagai jenis Ujian Personaliti,
    3. Ujian Minat Kerjaya dan lain-lain.
    Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan:

    1. Datang ke pejabat
    2. Temu janji
    3. Telefon
    4. Rujukan
    Adakah maklumat sesi kaunseling akan dirahsiakan?

    Segala maklumat adalah dirahsiakan mengikut Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

    Adakah perkhidmatan ini dikenakan bayaran?

    Tidak. Perkhidmatan ini adalah percuma.

    Bilakah waktu perkhidmatan disediakan?

    Isnin – Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang

    Siapakah kaunselor anda?

    Senarai Kaunselor Berdaftar anda adalah seperti berikut:-

     

    YM DR. RAJA KAMARIAH BINTI RAJA MOHD KHALID

    Kaunselor Berdaftar : KB 01759, PA 05242
    Emel : rajakamariah@jpw.gov.my

     

    CIK YAP LAI KENG

    MA (Kaunseling Psikologi) (UKM)
    Kaunselor Berdaftar 00375

    Emel : yap@jpw.gov.my

     

    PUAN JAMILAH BINTI  HAJI MOHD SALLEH

    MA (Sains Kaunseling) (UUM)
    KB, PA (03459)
    Emel : jamilah@jpw.gov.my

     

    PUAN SHARIFAH BALQIS BINTI SYED IDRUS

    BSc (Kaunseling) (USIM)
    Kaunselor Berdaftar : KB 05263, PA 04582
    Emel : balqis@jpw.gov.my

  • Bahagian Pengupayaan Wanita
    Apakah bentuk Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan?

    Bentuk kaunseling yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    1. Bimbingan (individu, kelompok, kerjaya, keluarga, perkahwinan dan lain-lain)
    2. Kaunseling Individu
    3. Kaunseling Kerjaya
    4. Kaunseling Kelompok
    5. Kaunseling Keluarga
    6. Kaunseling Perkahwinan
    7. Kaunseling Krisis / Trauma
    8. E-Kaunseling (Kaunseling atas talian/whatapps)
    9. Tele – Kaunseling (Kaunseling melalui telefon)
    Apakah perkhidmatan lain yang ditawarkan ?

    Selain daripada Kaunseling, perkhidmatan pengendalian Ujian Psikologi juga boleh dibuat. Antara ujian yang sedia ada ialah seperti:

    1. Ujian Stres,
    2. Pelbagai jenis Ujian Personaliti,
    3. Ujian Minat Kerjaya dan lain-lain.
    Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan:

    1. Datang ke pejabat
    2. Temu janji
    3. Telefon
    4. Rujukan
    Adakah maklumat sesi kaunseling akan dirahsiakan?

    Segala maklumat adalah dirahsiakan mengikut Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

    Adakah perkhidmatan ini dikenakan bayaran?

    Tidak. Perkhidmatan ini adalah percuma.

    Bilakah waktu perkhidmatan disediakan?

    Isnin – Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang

    Siapakah kaunselor anda?

    Senarai Kaunselor Berdaftar anda adalah seperti berikut:-

     

    YM DR. RAJA KAMARIAH BINTI RAJA MOHD KHALID

    Kaunselor Berdaftar : KB 01759, PA 05242
    Emel : rajakamariah@jpw.gov.my

     

    CIK YAP LAI KENG

    MA (Kaunseling Psikologi) (UKM)
    Kaunselor Berdaftar 00375

    Emel : yap@jpw.gov.my

     

    PUAN JAMILAH BINTI  HAJI MOHD SALLEH

    MA (Sains Kaunseling) (UUM)
    KB, PA (03459)
    Emel : jamilah@jpw.gov.my

     

    PUAN SHARIFAH BALQIS BINTI SYED IDRUS

    BSc (Kaunseling) (USIM)
    Kaunselor Berdaftar : KB 05263, PA 04582
    Emel : balqis@jpw.gov.my