• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

SKUAD WAJA

Image

Pengenalan

Skuad Waja adalah inisiatif sukarelawan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan secara tidak langsung menangani isu kes keganasan terhadap wanita. Pelaksanaan Skuad Waja ini telah diumumkan oleh mantan YAB Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Wanita 2021 dan juga telah dilancarkan pada Majlis Pelancaran Skuad Waja oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 17 Oktober 2021.Melalui program ini, ahli Skuad Waja telah dilengkapi dengan latihan menggunakan Modul Skuad Waja yang dibangunkan oleh JPW. Modul ini merangkumi Slot Kemahiran E.A.R.S (Empati, Atensi, Respon, Sokongan) dan Slot Waja (Diskriminasi gender, Gangguan Seksual, Jenayah Siber, Pemerdagangan Orang, Keldai Dadah, Rogol dan Cabul dan Keganasan Rumah Tangga).

Modul Skuad Waja 2.0 telah dibangunkan untuk meningkatkan perkhidmatan dengan ilmu dan kemahiran yang spesifik agar Skuad Waja lebih bersedia untuk menyantuni komuniti dalam situasi bencana serta keadaan stres yang tinggi. Pada September 2022, JPW telah bekerjasama dengan pakar dan professional daripada Universiti Malaya, JAKIM dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) untuk membina modul kemahiran membantu bagi mempersiapkan ahli dalam mengatasi masalah berkaitan dan bencana serta menyantuni yang memerlukan pendekatan spiritual dan agama.

Topik-topik yang terkandung di dalam Modul ini adalah:

  1. 1. Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid-PFA)
  2. 2. Pendekatan Psikospiritual (Psychospiritual Approach)

 

Pada tahun 2023, peranan Skuad Waja dalam komuniti telah dipanjangkan peranan di bawah inisiatif Kasih Madani iaitu dengan penubuhan Skuad Waja Insaniah. Skuad Waja Insaniah merupakan ahli Skuad Waja yang mempunyai latihan tambahan Skuad Waja Modul 2.0 serta latihan Modul Pembantu Pelindung Kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan pelantikan sebagai Pembantu Pelindung Kanak-kanak. Lantikan Pembantu Pelindung Kanak-kanak oleh Jabatan kebajikan Masyarakat untuk mempercepatkan proses menyelamatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan seperti pengabaian, penganiayaan dan penderaan kanak-kanak dalam kawasan komuniti masing-masing

 

PERANAN SKUAD WAJA

1
Memperkasakan komuniti melalui psikososial dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah
2
Panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita
3
Peranan Skuad Waja juga telah diperluaskan sebagai ejen perkhidmatan psikologi dalam komuniti dalam usaha meningkatkan pengetahuan wanita bukan sahaja dari aspek perundangan dan hak wanita, tetapi juga melalui empat (4) domain utama dalam pemerkasaan wanita iaitu kewangan, kemahiran, keseimbangan dan kepimpinan (4K).

MENGAPA perlu menyertai Skuad WAJA ?

 Menggalakkan orang ramai untuk mengetahui kemahiran menolong masyarakat dan lebih peka terhadap isu keganasan terhadap wanita.

APAKAH Kelebihan Yang Akan Peroleh?

 Anda akan mendapat latihan dan bimbingan daripada tenaga pakar yang terlatih serta boleh bergerak aktif dalam aktiviti kesukarelawan.

BAGAIMANA Untuk menyertai Skuad WAJA ?

 Anda boleh menyertai dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan atau anda boleh mengimbas QR code yang tertera.

PROGRAM PSIKOSOSIAL SKUAD WAJA 2.0

Dilaksanakan oleh ahli Skuad Waja bertujuan memperkasa komuniti melalui aktiviti seperti program turun padang, meningkatkan keseimbangan kendiri, memberi kemahiran penjanaan pendapatan, membimbing dari aspek kepimpanan dan seterusnya melaksakan program advorkasi. Melalui

program psikologi ahli Skuad Waja berupaya menjadi agen melalui Model 4K (Keseimbangan, Kemahiran, Kewangan dan Kepimpinan) demi membina sebuah keluarga Malaysia.

 

PROGRAM PSIKOSOSIAL ialah aktiviti yang melibatkan INTERAKSI PSIKOLOGI DAN PERSEKITARAN dalam proses membantu yang akhirnya dapat MEMBERI KESAN POSITIF kepada perkembangan diri seseorang. Persekitaran di sini merujuk kepada faktor diri individu, keluarga, persekitaran tempat tinggal, tempat kerja, komuniti dan lain-lain.

 

Ahli Skuad Waja akan menerima latihan berstruktur menggunakan Modul Skuad Waja yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Modul yang dikenali sebagai E.A.R.S memberi penekanan terhadap aspek menolong. Terdapat empat (4) aspek utama telah dikenal pasti:

  •  Empati (Empathy)
  • Atensi (Attention)
  • Respon (Response)
  • Sokongan (Support)

#SkuadWajaInsaniah
#EVAW
#hentikandanlaporkan
#WanitaWajaNegara