Perantis
PENGENALAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Masyarakat (KPWKM) melaluim Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah memperkenalkan Program Perantism Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bagi membangunkan bakat kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang menerusi bimbingan tokoh wanita yang telah berjaya.
Melalui program ini, tokoh wanita akan diberikan geran peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang yang merangkumi:
- Kepimpinan
- Politik
- Ekonomi
- Sosial
- Teknologi
- Perundangan
- Keselamatan
- Pendidikan
- Kesihatan
OBJEKTIF
Antara objektif utama pelaksanaan PERANTIS adalah:
- Melahirkan lebih ramai kumpulan bakat pemimpin Wanita terutamanya di peringkat pembuat keputusan.
- Mewujudkan platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang.
- Mengukuhkan jaringan kerjasamana dalam kalangan pemimpin wanita.
SASARAN
- TOKOH WANITA
- Terbuka kepada individu, pertubuhan dan syarikat. Sasaran tokoh wanita bagi PERANTIS 2025 adalah 100 orang.
- Kriteria permohonan adalah seperti berikut :
- Kejayaan : Mempunyai pencapaian atau pengiktirafan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, institusi, komuniti; atau
- Pengalaman : Mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman yang lebih lama; atau
- Kemampuan : Mempunyai pengetahuan, kepakaran, minat dan sumber yang mencukupi untuk membimbing peserta PERANTIS 2025.
- PESERTA PROGRAM
Sasaran peserta bagi tahun 2025 adalah seramai 5,000 orang.
- Kriteria pemilihan adalah seperti berikut :
- Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan; atau
- Mempunyai posisi sebagai pemimpin daripada pelbagai peringkat; atau
- Mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pemimpin yang berkaliber.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan melalui atas talian di pautan www.iwanita.my.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia perantis di