Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Majlis Pelancaran dan Graduasi Program “Volvo Iron Women” Malaysia

Majlis Pelancaran dan Graduasi Program “Volvo Iron Women” Malaysia

Majlis Pelancaran dan Graduasi Program “Volvo Iron Women” Malaysia

5 September 2024

Majlis Pelancaran dan Graduasi Program “Volvo Iron Women” telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Volvo Malaysia Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor.

Program ini merupakan program kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita, Yayasan Kebajikan Masyarakat dan Volvo Trucks Malaysia. Program ini menggalakkan penglibatan wanita dalam industri pengangkutan berat. Seramai 5 orang Iron Women telah berjaya menamatkan latihan pemanduan lori selama 8 minggu dengan Volvo Trucks Malaysia dan telah mendapat tawaran kerja dengan syarikat Taipanco Sdn. Bhd.

Jabatan Pembangunan Wanita mengalu-alukan program kerjasama bersama rakan strategik bagi menjayakan program-program pemerkasaan wanita. JPW juga menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak awam dan swasta agar lebih banyak syarikat dapat menganjurkan program-program seperti ini bagi memperkasa golongan wanita terutamanya dalam industri yang didominasi oleh lelaki serta menyediakan perkhidmatan kemahiran dan pengetahuan untuk berkembang maju pada masa hadapan.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah JPW, YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara, YBhg. Datin Izzatul Shima binti Md Thahir, Timbalan Ketua Pengarah JPW, Encik Johan Selven, Naib Presiden, Truck Sales and Marketing, Encik Anthony O’ Connell, Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia dan YBhg. Dato’ Nazari bin Akhbar, Pengarah Eksekutif, Taipanco Sdn Bhd.

Event Information

Event Date 05-09-2024
Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000912682
Today: 246
Yesterday: 338
This Week: 1,564
This Month: 1,268
Total: 912,682
  • Tarikh kemaskini : 23 June 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.