Perantis
PENGENALAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Masyarakat (KPWKM) melaluim Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah memperkenalkan Program Perantism Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bagi membangunkan bakat kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang menerusi bimbingan tokoh wanita yang telah berjaya.
Melalui program ini, tokoh wanita akan diberikan geran peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang yang merangkumi:
- Kepimpinan
- Politik
- Ekonomi
- Sosial
- Teknologi
- Perundangan
- Keselamatan
- Pendidikan
- Kesihatan
OBJEKTIF
Antara objektif utama pelaksanaan PERANTIS adalah:
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat secara manual atau dalam talian melalui Sistem iJPW;
- Permohonan dibuka sepanjang tahun;
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;
- Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sahaja mengikut format yang ditetapkan;
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses: dan
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, KPWKM berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran BKP.
BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM
i. Program Pembangunan Wanita
- Kewangan
- Kemahiran
- Keseimbangan
- Kepimpinan dan kesaksamaan gender
- Menangani keganasan terhadap Wanita
ii. Program Pembangunan Keluarga
- Kekeluargaan
- Keibubapaan
- Kebapaan
- Persediaan Perkahwinan
- Pemantapan Perkahwinan
- Pembangunan Remaja
- Kesihatan Reproduktif
iii. Pembangunan Masyarakat
- Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
- Advokasi, Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
- Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
- Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
- Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
- Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa, Pengemis dan Gelandangan
- Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
- Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
PROSES PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT:
Program Pembangunan Wanita:
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)
Tel: 03-8323 1618/ 1608/ 1632
Email:
Program Pembangunan Keluarga:
Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Tingkat 12, Bangunan LPPKN
12 B, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
(u.p: Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga)
Tel: 03-2613 7555 (samb. 1214/1200)
Faks: 03-2694 5458
Program Pembangunan Masyarakat:
Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Pengarah Bahagian Komuniti)
Tel: 03-8323 2378/ 2381/ 2375
Faks: 03-8323 2059