Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

APEC Workshop on Empowering Women in Remote Areas through Climate-Smart Agriculture for Sustainability and Inclusivity

APEC Workshop on Empowering Women in Remote Areas through Climate-Smart Agriculture for Sustainability and Inclusivity

APEC Workshop on Empowering Women in Remote Areas through Climate-Smart Agriculture for Sustainability and Inclusivity

5 - 6 September 2024

Malaysia telah menyertai bengkel “APEC Workshop on Empowering Women in Remote Areas through Climate-Smart Agriculture for Sustainability and Inclusivity” pada 5 dan 6 September 2024 di Hanoi, Vietnam yang diwakili oleh Puan Siti Nurul Munawirah binti Mohamad Roslan, Penolong Pengarah Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM dan pegawai daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform perkongsian maklumat, pengalaman, dan amalan terbaik pertanian pintar iklim dalam kalangan ahli APEC. Antara isu dibangkitkan adalah cadangan dasar taxonomy yang menyumbang secara langsung kepada pembiayaan program pembangunan wanita, akses kumpulan sasar kepada maklumat dan teknologi.

Selain itu, cabaran yang dibincangkan adalah strategi mengimbangi peranan wanita sebagai penjaga keluarga dengan penyumbang ekonomi serta jurang dasar wanita pada peringkat nasional dengan sokongan dasar di peringkat sektoral. Dalam sesi perbincangan, wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar tumpuan turut diberikan kepada keperluan menerokai teknologi robotik baharu yang boleh disesuaikan dengan keupayaan wanita dalam pertanian yang dijangka boleh membantu meringankan beban wanita dalam menjalankan kerja pertanian yang berat serta mempercepatkan tempoh bekerja.

Secara keseluruhannya, sidang bengkel bersetuju bahawa dalam mendokong aspirasi kesaksamaan gender, perbezaan keupayaan dan keperluan gender juga perlu diraikan.

Event Information

Event Date 05-09-2024
Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000912722
Today: 286
Yesterday: 338
This Week: 1,604
This Month: 1,308
Total: 912,722
  • Tarikh kemaskini : 23 June 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.