.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa)

Image
Image
Image
Image
Talian : 038323 1607/ 1610/ 1265/ 1620/ 1616
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Alamat : Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan (BPPP) Jabatan Pembangunan Wanita

 

  1. Apa itu Program Kasih Ibu Tunggal?


    Program Kasih Ibu Tunggal merupakan program pemerkasaan ibu tunggal yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman. Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:

    • Modul Kemahiran Perundangan;

    • Modul Pengurusan & Literasi Kewangan; dan

    • Modul Pembangunan Psikososial.

     

  2. Bila permohonan akan dibuka?
    Permohonan akan dibuka bermula pada 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.

     

  3. Apakah yang ditawarkan dalam program ini?

     

    1. Modul Kemahiran Perundangan

      1. Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah.

      2. Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.

      3. Analisis kes dan khidmat nasihat guaman. Khidmat Bantuan Guaman - peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma - tertakluk kepada terma dan syarat.

       

    2. Modul Pengurusan & Literasi Kewangan

      1. Menstrukturkan semula kewangan.

      2. Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan.

      3. Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat.

      4. Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.

       

    3. Modul Pembangunan Psikososial

      1. Kenali dan kembangkan potensi diri.

      2. Pengurusan konflik/ masalah dan emosi.

      3. Pembentukan minda positif.

      4. Strategi mencapai kejayaan.

         

  4. Mengapa ibu tunggal perlu menyertai program ini?
    Setiap modul akan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Kaedah pelaksanaan yang dijalankan memberi fokus kepada setiap kes dan permasalahan individu secara spesifik. Melalui sesi coaching & mentoring, peserta akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar sehingga berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

     

  5. Adakah yuran bayaran akan dikenakan kepada peserta bagi menyertai program ini?
    Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta bagi program ini.

    SYARAT PENYERTAAN

     

  6. Apakah kelayakan bagi menyertai program ini?


    Kriteria kelayakan pemilihan peserta adalah seperti berikut:

    1. Ibu tunggal mengikut definisi KPWKM

      1. Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

      2. Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

      3. Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

    2. Warganegara Malaysia.

    3. Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi serta keyakinan diri.

       

  7. Apakah komitmen yang perlu diberikan oleh peserta setelah mendaftar bagi menyertai program ini?
    Peserta perlu memberikan sepenuh komitmen bagi mengikuti tiga (3) fasa program sehingga selesai. Walau bagaimanapun peserta yang telah melalui fasa 1 akan disaring berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk layak menyertai fasa seterusnya.

     

  8. Bagaimanakan program ini akan dilaksanakan?
    Setiap modul akan dilaksanakan secara berfasa seperti perincian berikut:

    Fasa 1: Advokasi/Pengenalan
    Sesi pengenalan modul selama 2 jam secara dalam talian. Peserta akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk layak ke fasa seterusnya.

    Fasa 2: Pembangunan
    Latihan intensif mengikut modul selama 3 hari secara fizikal mengikut negeri pelaksanaan yang dipilih oleh peserta. (Tempat akan dimaklumkan kemudian).

    Fasa 3: Bimbingan
    Coaching & mentoring secara individu dan berkumpulan secara dalam talian/ fizikal.

     

  9. Bagaimanakah cara untuk menyertai program ini?
    Peserta boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut:

    https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026

     

    1. Pilih modul melalui ikon di atas.

    2. Baca dan faham maklumat yang diberikan.

    3. Klik pautan di "Daftar Sekarang".

    4. Isi borang permohonan.

Image