Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN)



Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) merupakan satu majlis nasional yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berfungsi sebagai platform utama untuk menghimpunkan pelbagai pemegang taruh dan pakar dalam bidang pemerkasaan wanita serta pembangunan
keluarga.
Melalui majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini, pelbagai isu, cabaran dan peluang baharu dapat dikenal pasti secara holistik bagi memperkukuh usaha memperkasakan wanita serta memantapkan institusi keluarga dari aspek sosial, ekonomi, undang-undang dan kesejahteraan.
Penubuhan MWKN juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia untuk memperkasakan kesaksamaan gender seperti yang digariskan dalam Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, serta obligasi antarabangsa di bawah Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women - CEDAW) dan Deklarasi Beijing 1995.
