
LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) KE KAMPUNG BATU PUTEH
28 Oktober 2026 | RABU
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah mengadakan lawatan pemantauan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) ke Kampung Batu Puteh, Batu Pahat Johor pada 28 Oktober 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan pelaksanaan projek di bawah program Kampung Angkat Madani (KAM) bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta disiapkan mengikut perancangan dan tempoh yang telah ditetapkan.
Hasil lawatan pemantauan mendapati bahawa sebahagian projek telah siap dilaksanakan, manakala projek-projek lain masih dalam pelaksanaan dengan kemajuan yang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Kampung Batu Puteh, wakil pegawai daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat JPW serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
Pelaksanaan projek-projek ini diharap dapat meningkatkan kemudahan dan prasarana kampung, seterusnya menyokong pelaksanaan aktiviti sosial serta meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam menyantuni masyarakat luar bandar melalui penyediaan kemudahan yang lebih baik, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat selaras dengan pendekatan Whole of Government.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia