Pencarian Anugerah IKON Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026

ย 
โœจ ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ˆ๐Š๐Ž๐ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š! โœจ

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (SHWA26).

Sehubungan itu, YBhg. Tan Sri/ Datoโ€™ Seri/ Datuk Seri/ Datoโ€™ Sri/ Datoโ€™/ Datuk/ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan pencalonan penerima anugerah yang meliputi dua (2) kategori anugerah iaitu:

i) Kategori Personaliti - Wanita yang cemerlang dalam kerjaya, inovasi, seni, sukan atau bidang relevan, serta mempunyai sumbangan signifikan yang memberi impak besar kepada masyarakat; dan

ii) Kategori Organisasi - Syarikat Berkaitan Kerajaan / Syarikat Tersenarai Awam / Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam memperkasa wanita dan melaksanakan inisiatif kesaksamaan gender dalam organisasi.
ย 
Borang pencalonan dan garis panduan pencalonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/Anugerah-IKON atau dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan yang disertakan.

Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Usahasama Strategik, Jabatan Pembangunan Wanita melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 5 Januari 2026.
Image