PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA (AKuWANITA@KRT) DAN HARI TERBUKA PRISMAnita PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
15 Julai 2026|Rabu
Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita (AKUWANITA@KRT) dan Hari Terbuka PRISMAnita Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu (PPWN) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertempat di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu.
Sepanjang program berkenaan, terdapat pelbagai pengisian utama seperti Slot Pengenalan kepada Keganasan Rumah Tangga: Punca dan Kesan KRT diikuti forum bertajuk Ayuh Berani Lapor, Pocket Talk: Memperkasa Wanita Menghadapi Keganasan Rumah Tangga "Bantuan Itu Ada: Ketahui Kemana Perlu Dituju" serta sesi perkongsian pengalaman oleh seorang pemandiri.
Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Puan Hanani Sapit menegaskan bahawa usaha menangani keganasan terhadap wanita memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak melalui pendekatan advokasi, perlindungan dan pemerkasaan komuniti. Beliau turut menyeru masyarakat agar tidak berdiam diri terhadap sebarang bentuk keganasan serta segera melaporkan untuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang disediakan.
Penganjuran Program AKUWANITA@KRT dan Hari Terbuka PRISMAnita ini mencerminkan komitmen berterusan JPW dalam memperkasakan wanita dan diharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak wanita, memperkukuh sistem sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Dasar Wanita Negara.
Turut hadir sama Puan Ezlin Sakinah binti Mat Sepin, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Terengganu serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan Agensi.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia
