.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO
PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA@KEGANASAN RUMAH TANGGA (AKUWANITA@KRT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 15 Julai 2026 Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AKUWANITA@KRT) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita bertempat di Hotel Swiss-Garden, Melaka. Dengan penyertaan seramai 300 orang peserta ke program ini menunjukkan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam memperkukuh usaha advokasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga amat penting kepada masyarakat komuniti. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk slot perkongsian Dengarkan Jeritan Batinku, slot Berani Bersuara Keluar Dari Keganasan Rumah Tangga serta perkongsian Fungsi One Stop Crisis Center Dalam Keganasan Rumah Tangga. Program ini turut menjadi platform untuk memberi penekanan kepada keberanian mangsa untuk mendapatkan bantuan serta menggalakkan masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga dalam membendung keganasan rumah tangga. Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JPW dalam memperkasa wanita dan memperkukuh institusi keluarga melalui pendekatan advokasi yang menyeluruh. Hadir sama Puan Nor Khalida binti Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka (PPWN), Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan agensi. #KASIHKPWKM #KitaKanKeluarga #MalaysiaMADANI #MADANIBEKERJA #taatsetia
Image