Program Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu
Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu
7 April 2026|Selasa
Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Felda pada hari ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Puan Hanani Sapit di Dewan Ehsan, Felda Wilayah Tepoh, Terengganu.
Program ini menjadi platform penting dalam menghargai peranan dan sumbangan wanita sebagai tonggak keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang sambutan termasuk perkongsian slot Dari Berniaga Ke Usahawan dan slot Wanita Bangkit: Berani Berubah Demi Masa Depan, reruai perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta jualan usahawan.
YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama komuniti dan penglibatan usahawan wanita yang berjaya menyerlahkan potensi serta keupayaan wanita dalam pelbagai bidang. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dan FELDA atas komitmen dalam menjayakan sambutan tersebut.
Sambutan ini turut selari dengan aspirasi memperkukuh agenda pemerkasaan wanita menerusi pendekatan yang inklusif dan berimpak tinggi, sejajar dengan tema Hari Wanita 2026 iaitu “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”.
