
Program Santuni KASIH KPWKM 2026 Di Kuching, Sarawak
KUCHING, 31 OKTOBER 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh pendekatan turun padang bagi memastikan dasar, bantuan dan perkhidmatan Kerajaan dapat diakses serta dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, penganjuran julung kali Program Santuni KASIH KPWKM 2026 di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak merupakan manifestasi komitmen Kementerian untuk merapatkan jurang penyampaian perkhidmatan melalui sesi libat urus, khidmat nasihat serta perkongsian maklumat berkaitan bantuan, perlindungan sosial dan peluang pemerkasaan ekonomi.
Menurut beliau, keberkesanan sesuatu program bukan semata-mata diukur berdasarkan jumlah kehadiran, sebaliknya melalui manfaat sebenar yang diterima rakyat, termasuk akses kepada bantuan kebajikan, sokongan kekeluargaan, peluang menjana pendapatan dan perkhidmatan penjagaan.
Selaras dengan komitmen tersebut, Belanjawan MADANI 2027 memperuntukkan hampir RM3.3 bilion bagi bantuan kepada golongan yang memerlukan, termasuk RM1.3 bilion untuk Bantuan Warga Emas dan sektor penjagaan yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima.
Turut hadir ke program Ketua Pengarah JPW, YBrs Puan Hanani Sapit, Timbalan Ketua Pengarah JPW, YBrs Dr Faridah Awang dan pegawai-pegawai daripada jabatan dan agensi KPWKM.
#ProgramSantuniKasih
#MemartabatWanitaMemperkukuhNegara
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia