
Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad WAJA dan Matahari dengan tema “Wanita Kuat, Jiwa Sejahtera” PPWN PULAU PINANG 2026
16 November 2026
Telah berlangsung Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad WAJA dan Matahari dengan tema “Wanita Kuat, Jiwa Sejahtera” anjuran PPWN Pulau Pinang yang diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS, Pokok Machang Pulau Pinang. Program yang disertai lebih 100 orang peserta terdiri dari komuniti setempat, Ahli Skuad Waja, usahawan dan penjawat awam telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Faridah Binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita.
Antara Pengisian menarik ialah penampilan istimewa oleh Bonda Nor sebagai ikon jemputan khas, menerusi slot perkongsian bertajuk “Wanita Bangkit Bersama: Ujian Menjadi Kekuatan”, yang memberikan inspirasi dan suntikan semangat serta membuka perspektif baharu bahawa setiap ujian yang dilalui bukanlah penghalang untuk terus melangkah, sebaliknya boleh menjadi titik permulaan untuk membina kekuatan diri.
Antara pengisian lain ialah aktiviti Senam Aerobik yang meningkatkan kecerdasan badan dan para peserta turut berpeluang menyertai slot “MEKAR: Gubahan Bunga Kawad Bulu” yang memberi ruang untuk mengasah kreativiti, merehatkan minda dan mengeratkan hubungan sesama peserta. Turut memeriahkan program ialah pembukaan reruai usahawan setempat yang turut hadir sebagai peserta di samping menjalankan aktiviti penjanaan ekonomi.
#KPWKM
#JPW
#PPWNPP
#SKUADWAJA
#PSIKOSOSIAL
#MATAHARI
#MEKAR